Bekas Ketua Pemimpin Agama Israel Maut Gara2 Positif COVID-19
Wabak pandemik COVID-19 ini bakal menyerang individu tanpa mengira pangkat, darjat, malah kekayaan seseorang. Namun, jika seseorang itu menitik beratkan keselamatan dan kebersihan yang disarankan oleh pakar perubatan, kemungkinan untuk dijangkiti adalah sanagt rendah.
Menerusi laporan Berita Harian, bekas ketua pemimpin agama Israel, Eliyahou Bakshi-Doron, dilaporkan maut akibat wabak COVID-19 yang sedang menular ketika ini. Beliau telah meninggal dunia pada usianya ke-79, di Hospital Shaare Tzedek, Jerusalem.
Beliau telah dimasukkan ke dalam wad beberapa hari yang lalu namun disebabkan kondisinya yang sedia ada, kesihatannya terus merosot, jelas pihak hospital.
Bakshi-Doron merupakan kelahiran Baitulmaqdis, menjadi ketua pemimpin agama Sephardic di Israel antara 1993 hingga 2003.
Beliau menemui Pope John Paul II pada 2000 ketika ketua gereja itu melawat Israel, sekali gus telah terima kritikan daripada sesetengah pemimpin agama ultraortodoks.
Sumber: Berita Harian.