Harap Covid-19 Berakhir! Banduan Khatam Al-Quran 25 Kali Dalam Masa Sebulan

Penghuni Penjara Marang memanfaatkan tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyertai program khatam al-Quran sejak 18 Mac lalu.

Pengarah Penjara Marang, Wan Sani Ab Latiff berkata mereka juga mengerjakan solat hajat berjemaah dan membaca surah Yasin setiap kali selepas Maghrib di bilik masing-masing.

Bagaimanapun, tiada paksaan bagi penghuni untuk menyertai program tersebut sebaliknya mereka secara sukarela ingin melakukan ibadah pada Allah SWT sekaligus bagi meredakan penularan wabak Covid-19.
Salah seorang banduan Pok Ya (bukan nama sebenar) berkata, tiada apa yang boleh dilakukan selain berdoa dan menyertai program keagamaan agar kemakmuran masyarakat di luar sentiasa terpelihara.

Sumber : BH Online