“Kami tak gentar hadapi C0v1d-19 demi rakyat Malaysia” barisan hadapan ,, Doakan Kami


Ketika negara menghadapi cabaran besar menangani cov1d-19, petugas kesihatan seperti doktor, jurur4wat, pegawai farmasi, ahli fisioterapis, juruteknologi makmal perub4tan ialah hero barisan hadapan.
Mereka berkerja bertungkus-lumus dan ramai bekerja lebih masa kerana jumlah pes4kit meningkat. Ada pula terp4ksa berjauhan dengan suami, isteri dan keluarga kerana tidak dapat pulang bertemu.
Mereka juga terd3dah kepada risiko mendapat jangkitan COV1D-19 dalam menjalankan tugas. Sudah tentu risiko ini amat men4kutkan bagi masyarakat umum.
Bagaimana pula dalam kalangan profesional dan petugas perub4tan serta kesihatan?
Satu kajian dalam talian dijalankan Pusat Pengurusan Penyelidikan, KPJ Healthcare Universiti College (KPJUC) bermula 13 hingga 20 April lalu.
Kajian diketuai Prof Madya Dr Norhayati Md Zain, mendapati rata-rata petugas perub4tan dan kesihatan di negara kita tidak gentar untuk menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani COV1D-19.
Kajian rambang dilakukan KPJUC ini mendapatkan maklum balas secara dalam talian daripada kalangan profesional dan pekerja perub4tan serta kesihatan dengan mengajukan beberapa soalan mengenai kesiapsediaan mereka bertugas di barisan hadapan.
Seramai 293 responden memberi maklum balas. Mereka dalam kalangan doktor, jurur4wat, pegawai dan pembantu farmasi, fisioterapis, pembantu perub4tan, juruteknologi makmal perub4tan dan juru-X-ray dalam bilangan yang agak seimbang.
Kebanyakannya wanita, iaitu 81.6 peratus dan hanya 18.4 peratus dalam kalangan lelaki. Hampir 60 peratus responden ialah daripada petugas di hospital yang pernah atau sedang mengendalikan pes4kit cov1d-19. Malah, seramai 111 (37.9 peratus) responden pernah atau sedang mengendalikan pes4kit cov1d-19.
Beri maklum balas yang pos1tif
Apabila diajukan soalan sama ada mereka bersedia secara mental dan fizikal untuk bekerja dalam pengendalian pes4kit cov1d-19, 80.1 peratus memberi maklum balas pos1tif dan bersedia jika ditempatkan di barisan hadapan.
Ada juga kurang pasti (13 peratus), tetapi hanya 18 orang (6 peratus) yang berasa tidak bersedia. Kesiapsediaan majoriti responden adalah petunjuk amat memberangsangkan.
Ini mungkin boleh diterjemahkan bahawa profesional dan pekerja perub4tan dan kesihatan di negara ini mendapat pendidikan serta latihan terbaik dan berasa yakin dan bersiap sedia menjalankan tugas walaupun menghadapi risiko.
Ada kemungkinan juga keyakinan mereka disebabkan persiapan baik yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk persediaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk pekerja barisan hadapan yang mencukupi.
Bilangan pekerja kesihatan di negara ini yang dijangkiti cov1d-19 amat rendah dibandingkan bilangan di sesetengah negara.
Di luar negara, kekurangan PPE menyebabkan pekerja kesihatan mendapat j4ngkitan dan terk0rban. Ini sudah tentu akan menjadikan pekerja kesihatan mereka rasa ketakutan.
Dalam kajian ini, 81.6 peratus responden berpendapat hospital tempat mereka bekerja mampu untuk menyediakan PPE yang sempurna.
Walaupun majoriti bersedia untuk terus menghadapi tugas mencabar dan berisiko, sebagai manusia, perasaan takut dan khuatir tetap ada.
Hampir separuh responden (49.5 peratus) mempunyai perasaan takut untuk pergi ke tempat kerja, berbanding sebelum cov1d-19. Namun, kebanyakan mereka (64.8 peratus) setuju peralatan PPE membuatkan mereka rasa lebih selamat.
Kekhuatiran utama yang dinyatakan 71 peratus responden ialah mereka khuatir akan menjadi individu yang akan menyebarkan j4ngkitan cov1d-19 kepada ahli keluarga.
Tidak pernah rasa menyesal dengan kerjaya ini
Kesimpulannya hampir semua responden (95.9 peratus) tidak berasa menyesal dengan kerjaya mereka dan akan tetap menyarankan kerjaya perub4tan dan kesihatan kepada pelajar yang sedang memilih kursus seperti ini untuk kerjaya mereka.
Sehingga kini nampaknya keberkesanan negara kita menangani cov1d-19 ini adalah kerana adanya strategi berkesan dan kesiapsediaan yang dirancang KKM.
Pelaksanaannya memerlukan petugas perub4tan dan kesihatan terlatih, gigih dan sedia berkhidmat walaupun menanggung risiko. Hasil kajian ini meningkatkan keyakinan kita bahawa petugas perub4tan dan kesihatan negara ini mempunyai ciri-ciri sedemikian.
Admin mengucapkan berbanyak terima kasih pada barisan hadapan kita yang bertungkus lumus menghadapi c0vid-19 ini. 


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih