Beza agama bukan halangan, Ebit Lew masuk kuil serah bantuan buat sami Hindu
Selepas kembali memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew tidak lagi memandang kebelakang dan terus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja.
Kali ini, Ustaz Ebit telah pergi ke daerah Sungkai dan memasuki daerah perkampungan demi memberikan bantuan tanpa mengira kaum ataupun agama.
Sedih lihat ada yang hidup dalam kedaifan
Dalam postingnya di Facebook, pendakwah tersebut mengakui berasa sebak melihat keadaan beberapa keluarga yang daif dengan rumah yang didiami mengalami kerosakkan.
Walaupun ditawarkan untuk tinggal dirumah yang lebih selesa, mereka menolak dengan baik kerana memikirkan jarak perjalanan ke tempat kerja yang agak jauh.
Masuk kuil beri sumbangan
Dalam pada itu juga, Ebit Lew turut sempat singgah ke beberapa buah kuil untuk bertemu sami bagi memberikan sumbangan kepada mereka.
Barangan dapur dan sedikit wang tunai di serahkan bagi membantu mereka membeli barangan keperluan ketika dalam keadaan sukar seperti ini.
Membantu tanpa mengira agama
Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diruangan facebook sumber.
Mereka telah menzahirkan rasa kagum dan terharu kepada Ebit Lew kerana langsung tidak menjadikan agama dan kaum sebagai batasan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesempitan.
Kepuasan tengok mereka tersenyum dibantu
Bawa akhlak Nabi S.A.W, pasti ada kejayaan
Sumber : Ebit Lew
Read more: Beza agama bukan halangan, Ebit Lew masuk kuil serah bantuan buat sami Hindu https://ohmymedia.cc/beza-agama-bukan-halangan-ebit-lew-masuk-kuil-serah-bantuan-buat-sami-hindu