“Jika rakyat ingkar, PKPB boleh ditamatkan & kembali kepada PKP.” -Ismail Sabri



Dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan sebentar tadi, beberapa pengumuman penting telah dinyatakan.

Antaranya adalah berkaitan kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat yang sedang berlangsung ketika ini.

Ramai yang ikut arahan
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hampir keseluruhan rakyat Malaysia mematuhi SOP sepanjang PKPB ini, namun masih ada yang ingkar dengan arahan tersebut.

Jadi, beliau memaklumkan bahawa PKPB boleh sahaja ditamatkan dan dikembalikan menjadi PKP andai rakyat masih ada yang ingkar dengan arahan kerajaan bagi mematuhi segala SOP untuk mengelakkan berlaku penularan Covid-19.



Tangkap PATI bukan bermusim
Dalam sidang media itu juga, Datuk Seri Ismail Sabri turut menjawab beberapa isu seperti penahanan PATI semasa PKP dan PKPB yang tular sejak beberapa hari ini.

Menurut beliau, tangkapan terhadap PATI ini bukannya bermusim dan akan tetap dibanteras seperti sedia kala sama seperti sebelum berlakunya pendemik.


Susulan daripada itu, Menteri Keselamatan meminta agar rakyat Malaysia terus meningkut arahan dan SOP yang ditetapkan olhe kerajaan dan KKM bagi melindungi jangkitan pendemik yang lebih serius atau dikenakan hukuman kerana melanggar PKPB.

Sumber : Harian Metro, Bernama
Read more: "Jika rakyat ingkar, PKPB boleh ditamatkan & kembali kepada PKP." -Ismail Sabri https://ohmymedia.cc/jika-rakyat-ingkar-pkpb-boleh-ditamatkan-kembali-kepada-pkp-ismail-sabri