Netizen Seru Sokong Butik Ust Ebit Lew Untuk Raya, “Dia Kaya Pun Dia Tolong Orang Susah Balik”


Akhir-akhir ini heb0h di media sosial mengenai sebuah jenama pembekal kain popular yang did4kwa menyentuh isu bangsa Melayu sehingga menimbulkan rasa b3rang dan m4rah dalam kalangan netizen.
Justeru, terdapat segelintir individu yang menyatakan hasrat untuk memb0ikot jenama tersebut dan memilih butik lain sempena menjelang bulan Syawal tidak lama lagi.
Seorang pengguna Facebook, Hazwan Iskandar menyeru orang ramai untuk memberi sokongan dengan membeli pakaian di butik pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew iaitu Elew’s Design di Bangi, Selangor.
“Kepada semua umat Islam di Malaysia…”
Apa kata mulai sekarang korang beli kat kedai ustaz Ebit Lew yang telah banyak membantu orang susah di negara ini.
“Mari kita beli baju kat kedai ustaz, saya mesti beli dua pasang baju raya nanti,” tulisnya menerusi group ‘Sayap Kanan Fan Club’.
Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dimana turut menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Hazwan bagi membeli koleksi kurta lelaki di butik berkenaan.
”InsyaAllah saya pasti datang membeli…”
Setuju ! Kerna jasa budi baik pada masyarakat”
“Mintak ustaz buka cawangan senang”


Walaubagaimanapun menerusi laman Instagram butik tersebut, sesi pembelian hanya dilakukan secara ‘online’ dan butik telah ditutup buat sementara waktu.
Mereka yang ingin membuat pembelian masih lagi boleh dilakukan dengan melayari laman Instagram yang telah disertakan diatas.
Semoga Allah mempermudahkan urusan Ust Ebit Lew dalam perniagaan dan urusan dakwah beliau supaya lebih ramai orang yang memerlukan di Malaysia dapat dibantu oleh beliau.
Sumber : OMM