Pondok buruk tiada tandas jadi ‘mahligai’ makcik tua & anak cucunya
Sudah menjadi kelaziman bagi pendakwah yang sangat disayangi oleh rakyat Malaysia iaitu Ustaz Ebit Lew untuk menziarahi mereka yang kurang bernasib baik dan menghulurkan bantuan.
Pondok tiada tandas
Kali ini Ustaz Ebit Lew telah turun ke Kelantan bagi bertemu dengan keluarga yang tinggal di sebuah pondok usang tanpa tandas sejak 20 tahun lalu.
Menerusi perkongsiannya itu, dia mengakui sedih dan sebak melihat seorang warga emas bersama anak dan cucunya tinggal di sebuah pondok yang sangat daif berhampiran dengan tempat pembuangan sampah.
Bawa mereka pindah
Menurut pendakwah itu lagi, salah seorang cucu warga emas itu belajar di kolej dan menangis apabila menceritakan kepayahan yang dihadapi oleh keluarga mereka.
Sehubungan dengan itu, seperti biasa, Ustaz Ebit Lew telah mempelawa mereka untuk pindah ke kawasan yang lebih selesa dan mereka bersejutu dengan cadangan tersebut.
Terima kasih kepada yang sama2 membantu
Diakahir coretan ustaz juga, beliau telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut sama menghulurkan bantuan buat keluarga tersebut berupada barangan keperluan harian.
Pasti sebak baca perkongsian ustaz
Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook Ustaz Ebit Lew dengan mengakui berasa sebak melihat kondisi kehidupa keluarga itu.
Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Ebit dan teamnya diatas keprihatinan tersebut. Mereka turut mendoakan agar kerja amal pendakwah muda ini terus diberkati oleh Allah S.W.T.
Bila kita rasa susah, ada yang lebih susah
Semoga terus dilimpahi rezeki
Sumber : Ebit Lew
Read more: Pondok buruk tiada tandas jadi 'mahligai' makcik tua & anak cucunya https://ohmymedia.cc/pondok-buruk-tiada-tandas-jadi-mahligai-makcik-tua-anak-cucunya