Sarung Sut PPE Berjam-jam, ‘Frontliner’ Tumbang Kepanasan Kendali Covid-19


Walaupun kes positif Covid-19 di Malaysia sudah mulai menunjukkan penurunan, namun barisan hadapan masih lagi gigih merawat pesakit-pesakit yang masih disahkan positif pendemik itu.
Susulan daripada perkara tersebut, mereka perlu memakai sut PPE lengkap bagi mengelakkan sebarang jangkitan semasa sedang bertugas.

Terpaksa berbuka kerana pitam

Namun begitu, sut PPE tersebut sememangnya cukup panas kerana tertutup tanpa aliran udara dan frontliner terpaksa memakainya dalam tempoh waktu yang agak lama.
Jadi, menerusi satu perkongsian di Facebook seorang frontliner dikenali sebagai Nurhidayu Ahmad, dia telah berkongsi keadaan rakan-rakan sejawatnya yang ‘tumbang’ kerana terlalu panas dan penat kerana bertugas dalam tempoh waktu yang lama dan dalam keadaan berpuasa.

Simpati, namun faham ini tugas

Menurutnya, 4 frontliner pitam semasa bertugas dan terpaksa berbuka puasa walaupun ketika itu sudah memasuki pukul 5 petang. Mereka sudah tidak bermaya ekoran terlalu panas kerana memakai sut tersebut.
Gambar yang dikongsikan juga telah membuatkan rata-rata warganet berasa simpati dengan pengorbanan mereka. Susulan daripada itu, komen yang diterima banyak menzahirkan rasa terharu dan ucapan terima kasih diatas kesanggupan mereka berkorban tenaga demi mengawal Covid-19 di Malaysia.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Semoga Allah angkat darjat kalian

Diakhir posting tersebut, sumber telah memberikan sedikit pesanan kepada rakyat Malaysia agarterus menjaga kesihatan dan lihatlah keadaan frontliner andai kata berlaku kenaikan dalam pendemik ini.
Semoga setiap usaha keras mereka membuahkan hasil dan kita sama-sama membantu mereka dalam perjuangan menangani pendemik Covid-19.
Sumber : Nurhidayu Ahmad