“Sempat membisikkan kalimah syahadah di saat akhir…” Datuk Tuan Ibrahim




Pemergian pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus, nyata meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua, khususnya yang pernah berguru dengan arwah.

Baru-baru ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman rasmi, Facebooknya, sempat berkongsi luahan detik terakhirnya bersama arwah.

Sempat bisikan syahadah
Dalam entrinya, Datuk Tuan Ibrahim, memberitahu beliau sempat membisikkan kalimah syahadah di saat akhir, sebelum Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Malam ini sempat membisikkan kalimah syahadah di saat akhir kehidupan di dunia (Allahyarham Datuk Ismail Kamus)…”


Sahabat dan guru
Sudah lama mengenali arwah, beliau menyifatkan Allahyarham Ismail bukan sahaja seorang sahabat seperjuangan, malah menjadi guru kepada dirinya.


Tambah beliau, arwah merupakan seorang hamba Allah yang ikhlas, mesra dan banyak menyumbangkan ilmu dalam mendidik umat Islam.

“Saya bersaksi dia seorang hamba Allah yang ikhlas, mesra dan banyak menyumbangkan ilmu dalam mendidik umat (Islam) di negara ini…”


Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, di kediamannya di Ampang, akibat serangan, strok ringan dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Sumber : Harian Metro, Malaysia Gazzete & Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man