Alhamdulillah Tersenyum penuh syukur, bapa Kilafairy sebak lihat anak gadis berhijab penuh

Keputusan selebriti cantik Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa binti Jahangir Khan untuk berhijab penuh telah mendapat sokongan positif daripada warganet dan juga rakan-rakan artis.

Mengaku dah bertudung penuh

Kilafairy yang kini terlihat lebih manis apabila mengambil keputusan bertudung litup telah membuat satu perkongsian di Instagram dan saluran YouTubenya mengenai reaksi kali pertama bapa tersayang melihat penampilan berbezanya itu.

Bapa tersenyum sebak

Bapanya yang kelihatan gembira dengan penampilan terkini Kilafailry telah memeluk erat anak gadisnya dan terlihat sebak kerana bersyukur apabila pelakon itu mengambil keputusan untuk kekal berhijab.
Kilafairy telah menjadikan reaksi lelaki itu melihat penampilan terkininya sebagai video pertama di saluran YouTube miliknya. Posting tersebut telah membuatkan ramai warganet turut sebak kerana video yang begitu menyentuh hati.

Paling comel, paling cantik, paling lawa!

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen-komen positif di ruangan YouTube anak kepada penyanyi  terkenal, Rohana Jalil. Mereka juga mengakui terharu melihat penerimaan bapanya dan terus berdoa agar Kilafairy kekal istiqomah dalam berpenampilan.

Berkaca mata tengok anak-beranak ni berpeluk

Semoga terus istiqomah sis

Sumber : Kilafairy

Related Posts