Anak saudara Hindu bantu kebumi jenazah pakcik mualaf sehingga selesai


Menguruskan jenazah merupakan fardu Kifayah bagi masyarakat Islam. Tidak kira siapa pun si mati, masyarakat wajib menguruskan jenazah dari urusan memandi, mengkafankan dan sehingga dikebumikan.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook kenali sebagai  Raqib telah mencerita perihal seorang lelaki beragama hindu yang mencarinya kerana buntu bagaimana untuk menguruskan jenazah pakciknya.

Pakcik peluk Islam sudah 3 tahun

Menurut lelaki dikenali sebagai Shankar Arumugam, pakciknya telah meninggal dunia dan baru diketahui memeluk Islam  menerusi kad pengenalan.
Jadi dia perlu menguruskan jenazah tersebut dalam agama Islam dan meminta bantuan daripada Raqib. Oleh sebab itu, Raqib telah memberikan beberapa panduan kepada sahabat lamanya itu dan dipermudahkan dengan bantuan pengurusan jenazah daripada Amal Team.

Bangga dengan kejujuran pemuda itu

Tindakan Shakar yang turut sama turun padang sehingga ke Tanah Perkuburan bagi menyelesaikan upacara pengebumian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada ramai pihak.
Rata-rata warganet telah memuji tindakan murni Shakar yang tetap bersungguh menguruskan jenazah bapa saudaranya yang Islam walaupun sudah berbeza agama dan kepercayaan.

Allah gerakkan hati Shakar untuk lindungi arwah

Kagum dengan Shakar

Sumber : Raqib Aljnari

Related Posts