Sempat Alun Ayat Al-Quran, Kematian Ulama Mesir Penuh Husnul Khatimah

bagi setiap muslim, pastinya mengimpikan pengakhiran hidup dalam keadaan sedang mengingati Maha Penciptanya. Kematian yang dipanggil Husnul Khatimah ini menjadi satu ikhtibar agar terus melakukan kebaikkan dalam hidup sehingga di akhir usia.

Ayat al-Quran sentiasa dibibir

Menerusi satu video yang tular di media sosial, seorang warga emas yang juga merupakan seorang penghafaz al-Quran Mesir iaitu Sheikh Abdel Ati Ali Abdel Jalil telah mengalunkan bacaan al-Quran beberapa detik sebelum meninggal dunia.
Video yang diperoleh menerusi Facebook Aljazeera Mubasher Channel itu begitu menghibakan apabila ulama  tersebut tetap membaca ayat al-Quran walaupun ketika itu matanya sudah terpejam.

Video Player
00:00
01:16
Difahamkan beliau merupakan antara penghafaz al-Quran tertua di satu daerah di Mesir yang dilahirkan di Edfu, utara Aswan pada 1934.
video tersebut telah mendapat lebih dari 26 ribu tanda suka dan 4 ribu perkongsian semula daripada warganet yang begitu terharu dengan pengakhiran yang mulia daripada seorang penghafaz al-Quran.

Related Posts