Minta belajar berwuduk, Hanis Zalikha sebak dengar permintaan anak



Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kerap menjadi perhatian apabila tidak lokek berkongsi kisah berkenaan keletah dua orang anak kecilnya yang sangat comel.
Yusuf Iskandar yang sudah menginjak usia 4 tahun dilihat semakin bijak dan pandai mengikut teladan ibu dan bapanya.

Nak belajar wuduk

Paling mencuri tumpuan adalah kisah yang dikongsikan oleh Hanis dan Hairul menerusi Instagram anaknya @theyusufiskandar apabila si sulung itu meminta agar diajarkan cara berwuduk seperti bapanya.

Mummy sebak dalam bilik

Hanis menceritakan bahawa Yusuf datang dekat kepada bapanya dan bertanya sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.
Ini membutkan Hanis yang mendengar pertanyaan tulus anaknya berasa sebak seketika ketika di dalam bilik melihat keletah itu.

Semoga jadi anak soleh daddy & mummy

Perkongsian comel itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada warganet yang rata-rata berasa terharu dengan permintaan anak pasangan selebriti ini.
Mereka juga mendoakan agar Yusuf Iskandar akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.

Kalau saya pun nangis

Yusuf dan makin besar

Sumber: Yusuf Iskandar