Tak Boleh Sentuh Kaabah & Hajar Aswad Antara Dilarang Pada Musim Haji Tahun Ini

Menerusi laporan Arab News, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) dalam kenyataan memaklumkan para jemaah tidak dibenarkan menyentuh Kaabah dan mencium batu Hajar Aswad.
Turut dilaporkan agensi berita Reuters, jarak sosial 1.5 meter antara jemaah akan dilaksanakan sepanjang masa ketika menunaikan ibadah termasuk sewaktu solat berjemaah.
Bukan itu sahaja, akses ke Mina, Muzdalifah dan Arafah juga akan terhad kepada mereka yang mempunyai permit haji mulai Ahad depan hingga 2 Ogos ini selain wajib memakai pelitup muka sepanjang menunaikan ibadah haji.
Memetik laporan BH Online pula, keputusan Kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan jemaah yang berada di negara itu menunaikan haji turut mendapat sokongan daripada pelbagai negara.
Larang perhimpunan & pertemuan dalam kalangan jemaah
Terdahulu, Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah haji kepada 1,000 orang bagi mengekang pandemik tersebut dan tidak membenarkan umat Islam dari negara luar menunaikan ibadah haji tahun ini.