Kedai Emas Dirompak, Sajat Tawar Saguhati RM1,000 Kepada Saksi
Perkongsian usahawan kosmetik Nur Sajat di akaun Instagram miliknya baru-baru ini menjadi perhatian apabila memaklumkan kedai emas miliknya di Johor Bahru dirompak oleh seorang lelaki pada Jumaat lalu. Menurut Sajat, kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila lelaki tersebut yang berkopiah dan berbaju hitam berjaya melarikan diri selepas mencuba seutas rantai emas. Sajat turut memuat naik video CCTV memaparkan wajah lelaki berkenaan.