Dalam jawapannya kepada 'Soalan Maut' YB Pasir Mas, Menteri Kewangan mendedahkan MAKLUMAT YANG TIDAK PERNAH DIDEDAHKAN KEPADA UMUM iaitu mengenai isi surat bertarikh 11 Februari 2020 yang mana Tan Sri Tommy Thomas, telah memaklumkan kepada mantan Perdana Menteri bahawa Goldman Sachs bersetuju menaikkan tawaran mereka kepada USD1.75 bilion berbanding jumlah awal iaitu USD1.5B.
Jumlah ini termasuk juga bayaran cukai sebanyak USD164 juta dan pemulangan–the fees, Goldman Sachs fees, yuran sebanyak USD567 juta.
Lebih mengejutkan, syor yang diberikan oleh mantan Peguam Negara dalam surat tersebut adalah untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah. dan ini ternyata telah bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak seharusnya menerima penyelesaian luar mahkamah.
APAKAH NIAT DAN TUJUAN SEMUA INI ?
Pasir Mas telah merujuk kenyataan bekas Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan menyebut bahawa kalau dalam isu Goldman Sachs, kalau kerajaan tidak gopoh membawa tindakan sivil, kerajaan boleh dapat banyak lagi dana dan boleh bayar lagi banyak hutang 1MDB dan bertanyakan pendapat Menteri Kewangan berkenaan hal itu.