Dah siap berinai, gadis menangis bakal suami ‘hilang’ batal nikahh

 

Majlis pernikahan sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat pasangan pengantin. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita apabila telah disunting oleh jejaka yang sudi mengambilnya sebagai suri hati sepanjang hayat.

Namun, berbeza dengan seorang pengguna TikTok menggunakan nama akaun @sulongnakal90_ apabila hari tersebut menjadi hari yang paling sedih dan memalukan untuknya apabila bakal suami tiba-tiba hilang menjelang pernikahan mereka.

ADVERTISEMENT

Jari dah berinai, call bakal suami tak angkat

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat yang segala persiapan seperti hantaran dan baju nikah sudah tersedia dan hanya menunggu detik disatukan sahaja.

Gadis tersebut juga sempat membuat live semasa majlis berinai dan cuba menghubungi lelaki berkenaan berulang-ulang kali, namun usahanya hampa kerana langsung tidak berangkat.

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Menangis dengan baju nikah

Penguna TikTok dikenali sebagai @akakcantikkk turut memuat naik video gadis menggunakan nama akaun @sulongnakal09_ itu lengkap memakai pakaian nikah namun menangis mengenangkan bakal suami yang tidak hadir pada majlis nikah mereka.

Sedia terima andai masih ada jodoh

Walau bagaimanapun, gadis itu redha dengan apa yang berlaku walaupun sedih. Dia juga mengakui akan menerima lelaki itu pada masa akan datang jika masih ada jodoh diantara mereka.

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Sumber: TikTok @th4y4n444.co. @sulongnakal09_@akakcantikkk

Related Posts