Allahuakbar , Detik2 Shuib Berterus Terang Dgn Anak2 Yang Ibunya Telah Tiada
Allahuakbar Detik2 Shuib Berterus Terang Dgn Anak2 Yang Ibunya Telah Tiada
Terdahulu selesai je pengebumian arrwah, Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memberitahu dia belum sempat memberitahu anak-anaknya tentang pemergian Isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang dijemput ilahi
Shuib yang ditemui selepas proses pengebumian selesai bekata dia merancang untuk memaklumkan khabar duka itu apabila bertemu anak-anaknya nanti.
“Ketika ini anak-anak saya belum mengetahui tentang pemergian arwh. Saya merancang akan memberitahu mereka, Insya-Allah. Tolong doakan agar urusan saya dipermudahkan,” katanya.
Berikut rakaman detik Shuib berterus terang dengan anak-anak yang ibunya telah tiada
Shuib menerusi Instagram pernah berkata, sepanjang perjalanan pulang selepas selesai urusan pengebumian, dia tidak henti berfikir apakah jalan terbaik untuk menerangkan kepada mereka mengenai pemergian Siti Sarah.
“Ketika arwh menlnggal dunia, anak-anak masih tidur. Jadi, saya tidak kejutkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan pengebumian, saya cekalkan hati untuk tidak bercakap perkara ini terlebih dulu.
“Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan. Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi,” katanya.
Shuib berkata, dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini.
“Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.
“Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini,” katanya.
Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu tercinta kini sudah tiada.
“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham.
“Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.
“Waktu itu anak-anak semua menangls teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat,” katanya.
Shuib berkata, dia bersyukur kerana tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan.
Dia kemudian mengajak mereka mengerjakan solat Asar, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat.
“Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangls. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham,” katanya.
Shuib ‘k0yak’ pandang wajah anak-anak
Berkongsi luahan hati pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam ini, Shuib memaklumkan, dia melayan arwh isteri bagaikan permaisuri dan segala permintaannya dipenuhi sepanjang tiga bulan berkurung di rumah.
“Banyak perkara dilakukan bersama sepanjang tiga bulan ini. Memandangkan hamil, arwh memang suka bermanja.
“Arwh minta saya urut tubuhnya. Sekali urut hingga dua jam. Kadang kala rasa macam ‘amah’ apabila kena paksa.
“Beliau sering mengingatkan saya bahawa dirinya mengandungkan zuriat kami. Namun, lama-kelamaan saya jadi gian, maklum tiga bulan tidak berbuat apa-apa.
“Walaupun tak suruh, saya sendiri menawarkan diri. Saya tak sangka Allah berikan nikmat kasih sayang antara suami isteri sebagai momen terakhir untuk dikenang.
“Hinggalah segala kebahagiaan direntap dengan berita kami sekeluarga disahkan positif C0VID-19,” luah Shuib.
Shuib mendedahkan Allahyarham Siti Sarah belum sempat divaksinasi hingga seluruh bahagian paru-paru terkena jangkitan dan tidak boleh berfungsi untuk memproses oksigen.
Di sebalik wajah tenang, Shuib mengakui, ada ketikanya dirinya goyah kerana menyedari wanita kesayangannya itu tidak akan kembali lagi.
“Tak dinafikan, perasaan ‘koyak’ apabila pandang wajah anak-anak. Saya dapat rasakan arwh sentiasa ada di sisi.
“Perasaan rindu sangat kuat apabila arwh tiada. Anak sulung, Uwais Alqarni banyak mewarisi arwh.
“Jika rindu, wajah Uwais yang akan ditatap untuk mengubat kerinduan,” kata Shuib.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan naf4s ter4khir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam jam 5.13 pagi, semalam.
Beliau menlnggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.
Jenazah penyanyi lagu Kesetiaan dan Semakin itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari, semalam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini
Sumber :
PERHATIAN: Pihak Berita Terkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Berita Terkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.