Inalillahi .. 4 jam selepas ‘update’ status terakhir, Angah pergi selama-lamanya
Kira-kira empat jam selepas kata-kata terakhir dimuat naik di Facebook, Muhammad Hanizam Azman, yang mesra dipanggil Angah dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan telah pergi untuk selama-lamanya.
Ramai kenalan Angah yang meninggalkan komen di status terakhirnya itu tanpa mengetahui Angah sudah pun menghembuskan nafas terakhir kerana Covid-19.
Angah merupakan seorang penyanyi dan pernah menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009 dan juga pernah dinobatkan sebagai juara Bintang Asli Remaja kategori lelaki, anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah pada 2014.
ADVERTISEMENT
Menurut Khairul Hairuzi Osman yang merupakan sepupu Allahyarham Angah, kehilangan arwah amatlah dirasainya memandangkan mereka tinggal serumah dan menjaga seorang anak angkat berumur 2 tahun bersama-sama.
Arwah sempat berpesan untuk menjaga anak angkat mereka dengan baik.
ADVERTISEMENT
Katanya lagi, arwah seorang yang rajin bekerja, mesra dengan semua orang dan tidak pernah berkira dalam menghulurkan bantuan. Selain menerima undangan nyannyian, arwah turut menjalankan perniagaan kedai makan di kampung.
Semua ahli keluarga Angah sudah maklum dengan pemergiannya kecuali ibu arwah kerana masih lagi dirawat dan memerlukan bantuan pernafasan. Lagi menyedihkan, seluruh ahli keluarga arwah dijangkiti Covid-19.
Kali terakhir mereka bertemu adalah ketika menghantar arwah ke Hsopital Sultan Abdul Halim, Kedah selepas beliau mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia 3 hari berikutnya.
Sumber: Harian Metro (Izad Thaqif Hassan), Facebook @Angah Bibh