Khabar suka bertukar duka, suami temui ajal lepas sehari isteri disahkan hamil
Penantian untuk menimang cahaya mata buat pasangan yang telah berumah tangga pastinya sangat mendebarkan.
Namun, selepas sekian lama menunggu dan dikhabarkan akan menimang zuriat, sudah tentu pasangan suami isteri tersebut akan berasa sangat gembira.
Namun, siapa sangka dalam kegembiraan bakal menimang cahaya mata, terdapat khabar duka yang menyentap segalanya.
Isteri baru sahaja beritahu hamil
Hal ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shaa Ibrahim apabila baru sahaja memberitahu bahawa dirinya hamil anak pertama selepas menunggu selama dua tahun kepada suami tersayang, tetapi lelaki itu meninggal dunia keesokkan harinya disebabkan kemalangan.
Terlibat kemalangan
Menurut Facebook Bahagian Kesihatan Pergigian Terengganu, Wan Muhamad Hasruldin Wan Mustapa yang juga merupakan Juruteknologi Pergigian U29 di Klinik Pergigian Air Putih, Kemaman dimaklumkan telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Dua tahun hidup PJJ dengan isteri
Menerusi perkongsian dari ahli keluarga allahyarham, dia begitu gembira apabila isteri disahkan hamil setelah dua tahun menjalani perkahwinan secara jarak jauh (PJJ) dengan isteri.
Dia juga sanggup berkorban untuk tidak membeli sebuah kereta lagi kerana memikirkan keluarga kecil yang bakal terbina.
Bekal makanan tak sempat jamah
Isteri kepada Allahyarham juga turut menulis di ruangan Facebook memaklumkan bekal makanan yang dibawa oleh suaminya masih lagi belum sempat dimakan sebelu menemui ajal.
Suami selamat dikebumikan
Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Slow Machang, Pasir Mas pada pagi semalam.
Shaa Ibrahim juga sempat meluahkan rasa syukur kerana urusan dipermudahkan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu.
Dia yang redha dengan ketentuan tersebut melepaskan suaminya dengan mengucapkan selamat tinggal serta meluahkan rasa sayang kepada allahyarham suaminya yang telah meninggal dunia.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Facebook Shaa Ibrahim, Bahagian Kesihatan Pergigian Terengganu, Wan Nor Syazwani