Sendiri masuk hospital, Elly Mazlein tetap tak putus doakan Siti Sarah

 


Umum sedia tahu kondisi kesihatan penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin agak krtitikal disebabkan komplikasi Covid-19. Dia juga terpaksa bersalin awal secara pembedahan demi memastikan anak berusia 7 bulan di dalam kandungannya selamat.

Suaminya, yang juga usahawan dan pelawak popular, Shuib Sepahtu tidak jemu memuat naik upadate terkini berkenaan keadaan isterinya dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan Sarah.

Masuk hospital, tak dapat join bacaan yassin

Menerusi maklumat terkini, kesihatan Sarah dilihat ada peningkatan dan anak mereka juga berada dalam keadaan stabil.

Prihatin dengan kondisi sahabatnya, selebriti verstail, Elly Mazlien atau mesra disapa Kak Lina telah memuat naik doa serta mengajak orang ramai untuk sama-sama menghadiahkan bacaan yassin buat Sarah agar kesihatan penyanyi itu kembali pulih.

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Ada masalah belakang badan

Walau bagaimanapun, gambar yang dimuat naik oleh Kak Lina telah mencuri perhatian warganet apabila memperlihatkan dirinya berada di hospital.

ADVERTISEMENT

Selebriti itu memaklumkan mempunyai sedikit masalah di bahagian badan badan namun berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Bayi dalam kandungan juga sihat dan sudah memasuki usia 6 bulan.

ADVERTISEMENT

Tasya (Sarah) , Jan (Elly Mazlien) doa dari hospital ya. Tak dapat nak join zoom meeting Jan sentiasa ingat Tasya. Love u Tasya.
Untuk kesayangan semua, kakak Lina sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang dah boleh gerakkan badan. Sekejap lagi buat MRI.
Tadi check Baby Megat, Alhamdulillah baby sihat ( 6 bulan)” tulisnya.

Mari kita sama2 mendoakan kesihatan mereka

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui terkejut dengan khabar kesihatan pelakon berkenaan dan mendoakan agar tiada apa-apa terjadi kepadanya yang kini sedang sarat hamil anak lelaki.

Mereka juga turut mendoakan agar isteri kepada Shuib Sepahtu segera sembuh dan mendapat berita gembira dari Sarah yang ketika ini masih ditidurkan bagi tujuan meningkatkan oksigen dalam dirinya.

Sahabat yang baik adalah yang mendoakan sahabatnya

Semoga Sarah & Elly lekas sembuh

 

ADVERTISEMENT

 

 

Sumber: Instagram iamellymazlien