Shuib sebak terima video solat jenazah ghaib buat Siti Sarah dalam Masjidil Haram
Setiap kali membuka media sosial pastinya kita merasa sebak melihat posting yang dibuat warganet berkenaan pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin.
Paling menyentuh hati sudah tentu luahan rindu sang suami, Shuib Sepahtu dan anak-anak yang masih kecil. Namun, Shuib memaklumkan yang dia redha dengan apa yang berlaku dan berasa sebak apabila ramai yang mendoakan isterinya.
Dapat kiriman video solat jenazah ghaib
Perkongsian pelawak dan usahawan tersebut di media sosialnya hari ini telah mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa syukur yang tak terhingga kerana ada yang sudi melakukan solat jenazah secara ghaib di Masjidil Haram untuk isterinya.
ADVERTISEMENT
Jelas suasana Masjidil Haram
Jelas Shuib, dia telah mendapat satu kiriman video solat jenazah untuk allahyarham isterinya yang diadalah di dalam Masjidil Haram.
Dia juga memaklumkan yang bertapa Allah S.W.T begitu menyayangi Siti Sarah dan mendoakan agar bidadarinya itu bergembira di syurga.
ADVERTISEMENT
Hebat insan bernama Siti Sarah
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan begitu mengagungkan kebesaran Allah S.W.T apabila darjat seorang isteri yang diredhai suaminya terus disebut-sebut walaupun sudah meninggal dunia.
Mereka juga turut mendoakan agar allahyarham Siti Sarah diletakkan di syurga bersama-sama orang-orang yang beriman.
Pemergian yang sangat dicemburui
Allah beri layanan yang sangat lumayan
Allahuakbar! Cemburunya kami
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu