Solat Itu Tiang Agama , Jika Tak Dijaga Kehidupan Juga Tak Terjaga , Wah MashaAllah Abang ‘RIDER’ S0lat Tepi Jalan Tarik Perhatian Ramai

 

Solat Itu Tiang Agama , Jika Tak Dijaga Kehidupan Juga Tak Terjaga , Wah MashaAllah Abang ‘RIDER’ Solat Tepi Jalan Tarik Perhatian Ramai

PETALING JAYA – Bukan alasan untuk meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja dan tiada tempat untuk solat kerana ibadat itu boleh dilakukan di mana sahaja jika cukup syarat sahnya.

Itulah reaksi orang ramai apabila melihat klip video ‘aksi’ seorang penghantar makanan sedang menunaikan solat di sebuah kawasan lapang di atas jalan raya.

Klip video berdurasi 59 saat yang dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Ajak Shiro itu memaparkan seorang lelaki sedang menunaikan solat di sebuah kawasan lapang di tepi jalan.

Pada masa sama, terdapat sebuah motosikal yang lengkap dengan beg penghantar makanan berdekatan lelaki terbabit.

Menurut Ajak Shiro, semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah, dia terserempak dengan lelaki terbabit sedang menunaikan solat.

“Kebetulan keadaan sunyi waktu tu, jadi saya tolonglah jagakan belakang abang tu takut kalau-kalau anjing liar datang kacau.

“Sebelum habis dia bagi salam saya terus jalan, mungkin abang ni tak tahu Ajak rakam dia. Maaf bang, tau abang tak nak tunjuk, tapi saya kagum dan saya yang nak kongsi, sama-sama kita doakan rezeki abang ni,” tulisnya di laman Facebook.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman Facebook turut kagum dan memuji penghantar makanan tersebut yang tidak lupa untuk menunaikan solat walaupun sibuk mencari rezeki seharian.

“Tanggungjawab pada yang Esa itu lebih penting, barulah berkat rezekinya, tak kira walau atas gunung sekali pun,” tulis Azizah Binti Saamah Azizah.

“Alhamdulillah ya Allah atas nikmat yang kau berikan pada kami, video ini mengajar kita agar tidak sombong dengan nikmat yang diberikan, kerana segalanya datang dari Allah SWT,” ujar Iqbal Ismail pula. -K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih