‘Simple’ tapi bermakna! Ayda Jebat pilih nama Ana Nayla untuk anak sulung
Selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata pertama, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi nama dan mendedahkan wajah anak perempuannya kepada orang ramai.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memilih nama Ana Nayla untuk bayi tersebut menerusi perkongsian satu video pendek di laman Instagram memaparkan wajah anaknya.
“Assalamualaikum uncle and aunty! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis kapsyen posting berkenaan.
Malah, penyanyi lagu Pencuri Hati itu dan suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir turut membuka akaun Instagram untuk anak mereka @ananaylaofficial yang kini mencecah lebih 15,000 pengikut.
ADVERTISEMENT
Rata-rata pengikutnya terpegun melihat kecomelan wajah Ana Nayla selain mendoakan zuriat pasangan itu menjadi anak solehah untuk kedua ibu bapa.
Terdahulu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu memaklumkan terpaksa bersalin secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.
ADVERTISEMENT
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Instagram Ayda Jebat