Sasterawan Negara ‘Kemala’ Telah Kembali Kepada PenciptaNya

 

October 24, 2021
Apachebeb
Sasterawan Negara ‘Kemala’ Telah Kembali Kepada PenciptaNya

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui akaun Twitter milik DBP telah memuat naik berita mengenai kembalinya ke Rahmatullah Sasterawan Negara iaitu Datuk Ahmad Kamal Abdullah.

Allahyarham yang lahir pada tahun 1941 di Kuala Lumpur menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur beliau 80 tahun. Beliau dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara pada tahun 2011 dan juga anugerah Sasterawan Negeri Selangor pada 2005.

Allahyarham yang menggunakan nama pena Kemala merupakan seorang penyair, Pengarang Drama dan Penkritik Sastera yang terkenal.

Menurut DBP pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara, khasnya kepada dunia sastera tanahair.

Mari kita sama-sama hadiahkan Al Fatihah di atas pemergian Allahyarham, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

sumber: harianarticles