Air surut orang awam jumpat satu ma'yat Ma'ti Le'mas di Seksyen 22 Shah Alam


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat lelaki tempatan yang berusia dalam lingkungan 30- an itu ditemui orang awam kira-kira 7.50 malam.

"Mangsa adalah penghuni sebuah pangsapuri berdekatan kawasan berkenaan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 14 saat tular di aplikasi media sosial menunjukkan terdapat satu mayat di atas jalan.

Difahamkan mayat berkenaan dijumpai selepas paras air banjir di kawasan itu mula menurun sejak petang tadi.

Kawasan berkenaan adalah antara yang terjejas serta dinaiki air sejak petang semalam susulan banjir kilat yang berlaku di beberapa daerah di Selangor.

Related Posts