Laungaan Azan utk ank, ” Jsad Helmi dihnyut banjir dgn P.Exora dtemui ”
M4yat seorang operator kilang yang dikhuariti lem4s ketika melintas arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini, sudah ditemui pada jam 7.15 pagi Isnin.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, m4ngsa Mohd Helmi Nazlan, 34, dijumpai pada jarak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Jen4zah m4ngsa kemudian diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut,katanya.
Kejadian dikatakan bermula dua hari lalu apabila m4ngsa bersama rakannya terkandas dan dihanyutkan oleh arus deras ketika cuba mengharungi banjir dengan kereta Proton Exora dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Pahang,Rakan m4ngsa berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin belakang kereta tersebut.
Operasi yang diketuai oleh Ketua Balai, Timbalan Penguasa Bomba Kamerul Bieza Mohd Kasim tamat pada jam 7.31 pagi susulan penemuan m4yat m4ngsa.
Semalam sebelum dia keluar rumah, dia sempat mencuci kudis di kaki saya serta memakaikan saya stokin, namun saya tidak menyangka itu kali terakhir saya melihatnya,kata Rahimah Abdullah, 59, ibu kepada Mohd Halmi Nazlan, 34, yang hilang dikhuatiri lemas di sungai di Kampung Chempaka, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini, kereta Proton Exora yang dinaiki m4ngsa bersama seorang rakannya hanyut dibawa arus deras ketika melalui jambatan di sungai kampung terbabit.
Bagaimanapun, rakan m4ngsa, Muhammad Amirul, 23, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sebaliknya mangsa terus hilang dibawa arus.
Menurut Rahimah, selepas menolongnya mencuci kudis dan menyarungkan stokin, Mohd Halmi memberitahunya mahu pergi ke Kampung Seri Damai, di sini untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya.
Bapanya, Nazlan Hassan, 62 ada menghubunginya dan menyuruh pulang segera kerana kawasan rumah kami mula dinaiki air selain turut menasihatinya supaya berhati-hati kerana kawasan Seri Damai juga telah dinaiki air.
Kali terakhir bapanya berhubung dengannya melalui WhatsApp kira-kira pukul 7 pagi tadi dan selepas itu kami gagal menghubunginya sebelum bapa kepada rakannya itu datang ke rumah memaklumkan kejadian ini,katanya yang tinggal di Kampung Kuala Pahang di sini.
Menurutnya, Mohd Halmi adalah anak kedua daripada lima beradik seorang yang sentiasa boleh diharapkan terutamanya ketika di rumah dan m4ngsa bekerja di sebuah kilang kereta di Pekan.Al fatihah.