“PERJUANGAN DAN PENANTIAN SELAMA 11 TAHUN BERHASIL, K4NSER SAYA HILANG!,” – ELYANA


Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira apabila memaklumkam k4nser limfoma yang dihidapi kini hilang.

Berita tersebut dikongsikan Elyana menerusi satu perkongsian di Instagram, pagi ini.

Menurut penyanyi Kalis Rindu itu, perjuangan serta penantiannya selama 11 tahun berjuang melawan peny4kit akhirnya berhasil.


“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.

Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! K4nser saya hil4ng!,” tulisnya.

Elyana pada masa sama turut bersyukur kerana doa dimakbulkan Yang Maha Esa.


“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.

“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.

Perkongsian terkininya itu menjadi berita menggembirakan buat para peminatnya dan rata-rata turut mengucapkan alhamdulillah atas perkembangan positif itu.


Terdahulu, Elyana membuat pendedahan menghidap k4nser Limfoma tahap empat pada 2017.

Elyana dan suaminya, Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadani yang kini berusia 2 tahun.

Elyana terharu terima kunjungan Ebit Lew, dapat semangat baharu untuk lawan k4nser – “Dengan doa dia hilang rasa sakit saya”

KUNJUNGAN pendakwah terkenal Ebit Lew ke rumah Elyana pada malam Rabu memberi kegembiraan buat penyanyi tersebut.

Elyana yang menghidap k4nser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu berkata, dia sangat terharu apabila Ebit sendiri meluahkan hasrat untuk menziarahinya.

“Petang semalam saya dapat panggilan daripada pihak ustaz Ebit yang mengatakan dia nak sangat datang menziarahi saya. Ustaz sendiri sebut nama Elyana.

Elyana kongsi momen kunjungan Ebit di rumahnya.

“Bila dapat tahu, memang sangat berbesar hati. Saya pula baharu saja selesai buat kimoterapi beberapa hari lalu. Badan masih tak kuat lagi.

“Tapi bila dengar ustaz nak datang, tiba-tiba rasa satu semangat baharu masuk. Ustaz datang lepas waktu Maghrib siap bawa banyak buah tangan.

“Dengan doa dia, hilang rasa sakit saya. Bila sakit, jiwa gembira… Insya-Allah mental dan fizikal jadi kuat,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Elyana berkongsi foto dan video Ebit menziarahinya di rumah menerusi laman Instagram miliknya.

Bila sakit, jiwa gembira… Insya-Allah mental dan fizikal jadi kuat.

ELYANA

PENYANYI

Menerusi perkongsian tersebut, Elyana meluahkan rasa syukur dengan kunjungan yang dianggap satu rezeki buatnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini memberitahu pihak Ebit turut memberikan sedikit sumbangan kepadanya.

“Sebenarnya saya berterima kasih sangat dengan ustaz datang memberi doa, buah tangan dan tak disangka juga pihaknya turut memberi sedikit sumbangan,” ujarnya.

Ebit berkongsi ilmu dengan Elyana dan suaminya.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Elyana berkata dia kini sedang dalam proses untuk pulih daripada kesan rawatan kimoterapi.

“Buat masa sekarang, saya tengah ‘enjoy’ rasa kesan kimoterapi… macam biasa la, badan rasa panas, pening dan rasa mual.

“Tapi Alhamdulillah saya okay. Mungkin salah satu sebab doa daripada orang sekeliling sama ada yang kenal mahupun tidak. Tidak putus orang berdoa.

“Minggu hadapan saya akan sambung rawatan kimoterapi dan saya harap dapat pulih cepat daripada kesan sekarang sebelum mula rawatan,” katanya.

Sumber: MH/ mStar

Related Posts