Rehatlh Abg, ” Syg x sangka yg abg akan pulang sbagai jnazah ”
Seorang suri rumah tidak menyangka suaminya akan pulang sebagai jen4zah selepas ditemui lem4s apabila lori yang dipandunya ditenggelami air di laluan berhampiran Jalan Simpang Desa Coalfields, Kuala Selangor, Selangor, pada pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, Mohd Zaidi Ariffin, 45, dipercayai cuba menyelamatkan diri namun tidak berjaya apabila ditemui lemas kira-kira lima meter dari lokasi dilaporkan hilang pada jam 5.10 petang Ahad oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan Bestari Jaya.
Isteri m4ngsa, Siti Sofiah Md Yazid, 42, memberitahu, arw4h suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat beras di Bukit Raya, Pendang, di sini, sempat berjanji akan pulang ke rumah.
Kali terakhir, saya bertemu dengan arw4h suami pada Sabtu lalu dan dia menyatakan ingin menghantar beras dan akan pulang semula pada malam tersebut, namun langsung tidak menyangka pulang sebagai jen4zah.
Arw4h tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun ada meluahkan hasrat ingin membeli seekor lembu untuk majlis kesyukuran memasuki rumah baharu, kata Sofiah kepada pemberita ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Kubang Bemban,di sini, Isnin.
Bagaimanapun, ibu kepada lima anak yang berusia antara 2 hingga 17 tahun itu memberitahu, dia reda dengan apa yang berlaku walaupun tidak menyangka suaminya antara korban dalam kejadian banjir di Selangor.
Siti Sofiah, seorang suri rumah kini hilang tempat bergantung selepas kehilangan suaminya dalam kejadian itu.Al fatihah.