Pemandu lori mabuk rempuh lima kereta, seorang maut


Memandu di bawah pengaruh alkohol dipercayai punca sebuah lori terbabas ke laluan bertentangan sehingga merempuh lima kenderaan di Kilometer 19 Lebuhraya Pasir Gudang di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, pemandu berusia 37 tahun itu dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan membabitkan lori jenis Scania dan lima kereta iaitu Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Alza, Proton Waja dan Proton Wira.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori terbabit terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Related Posts