(Video) Tular Video Lelaki Ukraine Ucap Selamat Tinggal Kepada Anak Undang Rasa Sayu. Berpisah Demi Mempert4hankan Negara

(Video) Tular Video Lelaki Ukraine Ucap Selamat Tinggal Kepada Anak Undang Rasa Sayu. Berpisah Demi Mempert4hankan Negara

Sebuah video menjadi tular kerana memaparkan babak menyentuh hati antara seorang bapa dengan anak perempuannya di Ukraine yang perlu berpisah demi mempert4hankan negara, lapor akhbar The Sun semalam. Berdasarkan klip video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berdiri di tangga sebuah bas sambil menangis kerana perlu berpisah dengan bapanya.

Lelaki tersebut turut menangis teresak-esak sambil memeluk kanak-kanak berkenaan serta mengucup dahinya. Seorang wanita dipercayai isterinya turut berada di sebelah mereka sambil turut sama menangis. Tidak lama selepas itu, video tersebut memaparkan kanak-kanak itu dengan ibunya sudah berada di dalam bas sambil lelaki berkenaan menepuk cermin tingkap bas bagi mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Seorang saksi berkata, banyak keluarga diarah untuk berpisah, di mana wanita dan kanak-kanak dibawa ke zon selamat sementara penduduk lelaki dikerah untuk turut bert4rung bersama t3ntera. “Penduduk tidak berpindah sebelum berlakunya pencer0bohan kerana tiada sesiapa percaya bahawa Rusia akan benar-benar meny3rang Ukraine.

“Namun kini, kami terpaksa mencari apa-apa sahaja jenis pengangkutan untuk keluar dari negara ini bahkan pergi ke negara-negara jiran seperti Moldova,” ujarnya.

Sumber: https://selayangpandang.net

Related Posts