Anas Salmee Syed Mohamad, berkata perasaan sayang, hormat dan rasa tanggungjawab mendorong beliau untuk menjaga Allahyarham – Bekas Isteri Setia Jaga Amran Tompel Hingga Akhir Hayat
Seremban, Negeri Sembilan, Meskipun sudah berpisah hampir tujuh tahun, bekas isteri pelakon dan pelawak, Amran Aman Ramli atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel, tetap membantu anak-anak untuk menjaga dan menguruskan Allahyarham hingga akhir hayat di kediaman di Taman Matahari Height, Senawang, di sini.
Anas Salmee Syed Mohamad, 53 tahun berkata perasaan sayang, hormat dan rasa tanggungjawab mendorong beliau untuk menjaga Allahyarham.
Beliau mula menjaga bekas suaminya itu pada Mac 2020 selepas Amran Tompel diserang angin ahmar kali ketiga yang menyebabkan dirinya terlantar, selain menghidap penyakit jantung dan darah tinggi.
“Hubungan saya dengannya tetap baik selepas berpisah pada Mei 2015, malah kami sering bertanya khabar. Berakhirlah urusan arwah di dunia ini dan kami bersyukur dapat mengurus serta menjaga arwah hingga akhir hayatnya.
“Melihat keadaan kesihatannya semakin merosot pada hujung tahun lalu, saya mengambil keputusan menjaga arwah bersama anak-anak di sini,” katanya .
Anas Salmee memaklumkan, jɛnazah Amran Tompel selamat dikebum1kan di Tanah Perkvburan Islam Forest Heights, Senawang, kira-kira jam 10 malam tadi.
Dalam pada itu, beliau berkata, Amran Tompel tidak banyak kerenah dan mudah dijaga sepanjang tempoh Allahyarham sakit terlantar.
“Rutin harian saya setiap hari selepas solat subuh, saya akan tengok dia sekejap, bagi dia makan dan pastikan makan ubat mengikut masa. Namun sejak beberapa hari lalu, keadaannya agak murung dan tidak memberi respons seperti biasa serta tiada selera makan,” katanya.
Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun disebabkan sakit tua, dan meninggalkan empat anak berusia antara 22 hingga 29 tahun.
Arwah adalah anak kepada pelakon, pelawak serta pengarah, Allahyarham AR Tompel, dan aktif dalam industri hiburan tanah air sekitar 1990-an.
AMRAN TOMPEL MENINGG4L DUNIA PADA HARI TERAKHIR KUAR4NTIN.
Pelawak dan pelakon, Amran Tompel, 72 tahun meningg4l dunia di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada hari terakhir kuar4ntin akibat positif C0V1D-19, pada jam 4.37 petang tadi.
Abang Allahyarham Amran, AR Badul berkata, adiknya sepatutnya menamatkan kuar4ntin selepas disahkan positif C0V1D-19.
“Betul, Amran sudah meningg4l dunia. Saya baru balik dari Perak. Setibanya di Kuala Lumpur, baru saya sempat baca mesej yang dihantar di WhatsApp berkenaan kem4tiannya.
“Saya terus bertolak ke Seremban. Kem4tian Amran berpunca s4kit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini, Amran positif C0V1D-19.
“Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir kuar4ntin,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, berkata jɛnazah Allahyarham Amran sudah dihantar ke hospital untuk urusan pemeriksaan dan pengebum1an.
Hafiz berkata, Allahyarham Amran atau nama sebenar, Amran Aman Ramlie yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, meningg4l dunia pada usia 72 tahun di sisi anak-anak.
“Beliau meningg4l dunia akibat s4kit kansɛr usus yang dihidapi sejak sekian lama. Beliau meninggalkan empat anak hasil perkahwinan dengan isterinya,” katanya.
Hafiz berkata, SENIMAN menyifatkan pemergian Amran sebagai kehilangan besar kepada industri kreatif tempatan.
“Allahyarham berbakat besar. Beliau pelawak dan pelakon yang tiada tandingan. Seluruh kepimpinan dan barisan ahli jawatankuasa SENIMAN mengucapkan takziah kepada keluarga dan semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya.
Sebelum ini, Amran dilaporkan terlantar akibat disɛrang angin ahmar. Allahyarham Amran juga kurang selera makan hingga berat badan menyusut.
Allahyarham Amran pernah membintangi beberapa filem seperti Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.
Sumber BERNAMA.