Pilu,Pemergian Semasa Bekerja Mencari Rezki “Warga Rmas Maut Dihempap Pokok”


SEORANG lelaki warga emas maut dihempap sebatang pokok tumbang ketika memancing dekat Loji Air Sungai Langat, Hulu Langat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4 petang daripada orang awam.


Pokok yang menghempap mangsa

Setibanya di lokasi kejadian kira-kira 50 minit kemudian, pihaknya menemui mangsa berusia 60 tahun dihempap pokok dan tidak sedarkan diri.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba berjaya mengalihkan dahan pokok tersebut, tetapi mangsa tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut”.


Dahan yang menimpa mangsa

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu.

“Mangsa merupakan seorang tukang kebun dan menetap di Taman Kota Cheras, Batu 9,” katanya.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengunjungi tempat-tempat yang berisiko yang boleh mengundang bencana alam dalam tempoh keadaan cuaca yang semakin tidak menentu.

Related Posts