“TEN̷ANGLAH DISANA NURUL IZZAH”. AKU RAL̷AT CALL TER̷AKHIRNYA AKU XJ̷AWAB, ANAK2 T̷AK HENT̷I MEN̷ANGIS MELIHAT ̷IBU MEREK̷A


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku selalu membaca luahan pembaca dalam page ni. Ada sedih, ada gembira. Entah mengapa baru sekarang aku berani untuk meluahkan apa yang aku rasa. Satu rasa yang aku pendam selama ini. Aku hanya ingin meluahkan. Ingin berkongsi kisah suka duka bersama pembaca di sini. Terima kasih kerana sudi membaca dan memahami perasaan yang aku rasa selama ini.

Tahun 2021 aku bakal menginjak usia 33 tahun. Tahun ini juga bakal menyaksikan aku ditinggalkan isteri tercinta selama hampir 3 tahun. Ini kisah aku dan aruwah isteriku.

Selepas SPM, aku menyambung pengajian di sebuah pusat matrikulasi dan setahun kemudian aku memasuki sebuah universiti di Lembah Klang. Keputusan matrikulasi aku agak baik dan terpilih untuk memasuki universiti berkenaan. Di situlah bermula segala galanya.

Aku mempunyai seorang kawan baik perempuan yang bernama Nurul Izzah. Namanya sama seperti seorang ahli p0litik yang agak terkenal. Bukan nama sahaja, dia juga memiliki kecantikan yang sama seperti ahli p0litik berkenaan. Saling tak tumpah.

Izzah adalah rakan seprogram dan sekuliah dengan aku. Aku mula mengenali Izzah ketika kuliah pertama. Dari situ kami mula berkenalan dan akhirnya menjadi kawan baik.

Ketika tahun pertama, aku jatuh hati dengan seorang pelajar perempuan yang berlainan program dengan aku. Namanya Aida. Aku berkenalan dengan Aida ketika kami menyertai persatuan yang sama.

Aida cantik orangnya, seperti juga Izzah. Dengan Izzah aku ceritakan segalanya tentang Aida, begitu juga dengan Aida. Dia tahu tentang siapa Izzah di dalam hidup aku.

Dalam sesebuah perhubungan, tentu ada pasang surutnya. Aku kerap kali bergduh dengan Aida. Ada sahaja yang aku buat, tak kena di matanya.

Ketika aku rasa sedih dengan Aida, Izzah sentiasa ada menenangkan aku. Mendengar segala cerita aku. Memberikan aku semangat untuk berbaik semula dengan Aida.

Memberikan tips bagaimana untuk memujuk Aida. Besar peranan Izzah dalam perhubungan aku dengan Aida. Apabila aku bergduh dengan Aida, kemudian kami akan berbaik semula. Dan bergduh kembali, kemudian baik semula. Begitulah cerita cinta aku dengan Aida.

Dan antara punca yang menyebabkan kami bergduh adalah Izzah. Aida seorang yang sangat cemburu, apatah lagi bila aku sering berbicara tentang Izzah apabila bersama dengan Aida.

Sudah puas aku ungkapkan yang aku hanya berkawan baik dengan Izzah dan tidak langsung mempunyai rasa cinta dengannya walaupun sekelumit.

Adakalanya Aida boleh menerima apa yang aku jelaskan tapi dalam banyak keadaan, dia mencurigainya. Aku tidak pernah berbicara dengan Izzah berkenaan hal perg4duhan kami ini, yang berkaitan dengan dirinya.

Aku tidak mahu Izzah mengundur diri dari hidup aku. Aku perluukan Izzah sebagai sahabat baik aku.

Berkenaan Izzah, ada ramai lelaki lain yang cuba untuk mendekati, cuba untuk rapat dengannya. Ada di antaranya adalah kawan lelaki aku sendiri.

Aku sudah puas rekemenkan kawan kawan aku kepada Izzah, tapi dia menolak dengan memberikan alasan belum bersedia untuk bercinta dan mahu fokus dengan pelajaran.

Ramai lelaki yang Izzah kecewakan. Namun Izzah tidak pernah berbicara dengan aku tentang hati dan perasaannya.

Dalam perhubungan kami, aku yang banyak berbicara, berkongsi masalah dalam pelajaran dan kisah cinta aku dengan Aida.

Izzah seorang pendengar yang setia dan pandai memberikan nasihat. Izzah juga pandai dalam kelas dan sentiasa mendapat pujian dari pensyarah. Aku banyak belajar dari Izzah jika aku tak faham dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah ketika kuliah.

Penghujung tahun kedua, perg4duhan aku dengan Aida sampai ke kemuncaknya. Kali terakhir kami berg4duh, aku tidak menghubunginya selama beberapa hari. Aku sudah bosan dengan perangai Aida yang cemburu buta.

Izzah berkali kali menasihati aku untuk memujuk Aida namun kali ini aku keraskan hati dan aku ingin Aida sedar dia silap dan dia yang perlu mencari aku.

Sehinggalah pada satu hari aku terserempak dengan Aida bersama seorang senior, sedang makan di kafe dalam kampus. Aku melihatnya dari jauh. Aku bersangka baik, mungkin itu kenalannya sahaja.

Dan aku cuba untuk menghubungi Aida, namun aku kecewa apabila panggilan dan mesej aku tidak berjawab. Aku terserempak lagi Aida bersama senior itu dan kali ini aku melihat sendiri mereka berpegangan tangan dan kelihatan cukup mesra.

Ketika itu aku bersama kawan kawan aku sedang makan di sebuah kafe di luar kampus. Melihat Aida dan lelaki itu, membuat aku berani untuk berdepan dengan mereka.

Aida kelihatan tidak terkejut, dan memberitahu aku bahawa antara dia dan aku sudah tidak punya apa apa. Aku tidak mampu berkata apa apa.

Hanya mampu mengalirkan airmata. Airmata duka. Airmata kecewa. Kepada Izzah aku luahkan segalanya. Dia juga mengalirkan airmata bila melihat aku bersedih dan menangis.

Dia hadiahkan padaku senaskah Al-Quran miliknya untuk aku baca. Aku sangat terharu. Tiga minggu lamanya aku bersedih dan hasilnya aku hiilang berat badan yang agak ketara.

Kawan kawan aku semuanya risau melihat aku lebih lebih lagi Izzah. Sudah banyak nasihat dan kata kata semangat yang Izzah katakan pada aku. Namun semuanya ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sehinggalah pada suatu hari aku tersedar dari lamunan panjang.

Aku menyesal mengabaikan kawan kawan aku, abaikan pelajaran dan paling aku kesal, aku abaikan Izzah.

Aku berjumpa Izzah dengan suatu semangat baru dan nyata Izzah sangat gembira melihat aku sudah berubah. Terpancar sinar di wajahnya. Cantik senyumannya. Aku tidak menoleh kebelakang lagi.

Aku fokus pada pelajaran kerana hanya itulah yang menjanjikan kehidupan yang baik. Juga demi ibubapa aku yang mengharap agar aku berjaya di universiti. Izzah dan aku masih menjadi kawan baik.

Ada juga perempuan yang cuba untuk mendekati aku, namun aku tolak secara baik. Aku menjadi seperti Izzah yang ingin fokus kepada pelajaran.

Tahun ketiga pun berakhir dan Alhamdulillah kami berjaya menamatkan pengajian. Izzah penerima Ijazah Kelas Pertama seperti yang dijangka. Aku hanya mampu menamatkan pengajian dengan Kelas Kedua Tinggi.

Pada ketika ini, kami terpaksa berpisah kerana akan membawa haluan masing masing. Aku sedih. Lebih sedih daripada ketika aku berpisah dengan Aida.

Aku melihat Izzah mengalirkan airmata. Aku berjanji pada Izzah untuk sentiasa menghubunginya. Izzah juga berjanji utuk selalu menelefon aku. Tamat konvokesyen, kami tidak lagi berjumpa.

Aku mendapat kerja di Damansara. Begitu juga Izzah. Rupanya pejabat kami berdekatan sahaja. Aku membuat temujanji dengan Izzah untuk makan tengahari bersama. Izzah setuju. Rindu pada aku dah lama tak berjumpa, katanya. Aku juga merindui Izzah.

Hampir 6 bulan juga kami tak berjumpa. Hanya bertanya khabar di telefon, itu pun jarang jarang.

Tepat jam 1.00petang seperti yang dijanjikan, Izzah datang menemui aku. Aku terkejut melihat Izzah yang bagi aku, sangat cantik. Lebih cantik dari zaman kami belajar. Barangkali dia dah belajar menggunakan mekap. Cetus hatiku.

Aku kaku untuk menegur Izzah pada mulanya. Namun aku gagahi jua menyapa Izzah. Kami tersenyum. Masih manis senyuman Izzah.

Kami berbual rancak tanpa kami sedari waktu hampir menunjukkan jam 2.00 petang. Sebelum kami berpisah, aku beritahu Izzah yang aku masih single dan aku bertanya pada Izzah, adakah dia sudah mempunyai teman lelaki.

Dia memandang tepat ke mataku sambil menjawab dia menunggu aku. Lantas Izzah berlalu pergi. Aku berdiri kaku. Tidak mampu melangkah. Tidak mampu berkata kata. Lantas aku menelefon Izzah dan ingin dia menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kata katanya itu. Izzah terdiam.

Namun aku tahu dia sedang mengalirkan airmata. Izzah meluahkan isi hatinya. Dia jatuh hati pada aku pada kali pertama kami berjumpa di universiti dulu.

Dia tidak pernah bercinta dan tidak tahu untuk meluahkan isi hatinya. Dia juga takut untuk kecewa jika aku tidak dapat membalas rasa cintanya tambahan pula aku sedang mengejar Aida pada waktu itu.

Izzah memendam rasa. Dia sebenarnya takut untuk kehiilangan aku. Sebab itulah dia menjadi kawan baik aku agar aku selalu bersama dengannya.

Dia sanggup menolak cinta dari lelaki lain semata mata mengejar cinta aku. Akulah lelaki pertama yang dia cintai. Dia sanggup menunggu aku sehingga aku dapat menerima dia.

Aku menangis mendengar luahan hati Izzah. Terasa selama ini aku bodoh dan buta untuk melihat. Aku buta untuk melihat sebuah permata indah di depan mata aku, sedangkan aku selama ini hanya mengejar kaca yang tidak bernilai.

Aku terima cinta Izzah dan aku luahkan untuk memperisterikan dia. Dia menangis kegembiraan. Kami menangis kegembiraan.

Aku tidak menunggu lama untuk memperisterikan Izzah. Aku beritahu ibubapa aku yang aku sudah sedia untuk berkahwin.

Mereka pada mulanya terkejut sebab mereka tahu yang aku tidak bercinta dengan sesiapa. Mereka juga tahu tentang aku dan Aida, tentang aku dengan Izzah ketika di universiti.

Mereka tahu sebab aku memang sentiasa akan bercerita dan berkongsi apa jua cerita kehidupan aku dengan mereka. Dan mereka sangat gembira apabila aku memberitahu yang Izzah adalah bakal isteriku.

3 bulan selepas kami berjumpa tempohari, kami selamat dinikahkan. Aku menangis apabila selesai melafazkan akad nikah aku dengan Izzah. 23 Februari 2013 hari Sabtu adalah tarikh pernikahan kami. Majlis kami sederhana kerana itu yang diminta oleh Izzah.

Dalam kesederhanaan itu, kami dan ahli keluarga tetap gembira. Dan dalam kesederhanaan itu juga, Izzah tetap cantik mengenakan busana pengantin.

Aku berjanji pada Izzah yang aku takkan sia siakan segala pengorbanan dia menunggu aku dan aku akan selalu membahagiakan dia. Aku akan selalu berada di sisi dia dalam apa jua keadaan. Ini janji aku pada Izzah.

Dengan rezeki dari-Nya, kami dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang sangat comel dan cantik persis Izzah. Tahun 2021 ini mereka akan berusia 7 dan 5 tahun.

Sepanjang perkahwinan aku dengan Izzah, kami tidak pernah bertengkar. Ini kerana kami akan saling memohon maaf dan memaafkan jika berbuat salah atau ada meluukakan hati masing masing.

Aku bahagia dengan Izzah dan anak anak kami. Kami akan pergi kerja bersama-sama dan mencari peluang untuk makan tengahari bersama.

Sehingga ada antara kawan kawan kami yang cemburu melihat aku dan Izzah seperti pas4ngan kekaasih yang bercinta. Sememangnya Izzahlah kekaasih dan isteri aku dunia akhirat.

Aku sangkakan panas sehingga petang, rupanya hujan di tengahari. Tanggal 14 Mac 2018 hari Rabu, tarikh yang takkan aku lupakan. Aku demam dan mendapat MC pada hari itu.

Izzah terpaksa memandu sendirian ke tempat kerja kerana aku tak larat untuk menghantarnya seperti biasa. Izzah menghantar anak anak ke pengasuh dan terus ke tempat kerja.

Aku hanya mampu tidur di rumah setelah makan ubat yang diberikan doktor. Aku hanya bangun dari tidur untuk solat Zohor dan Asar.

Jam 5.40 petang aku menerima panggilan telefon dari seorang anggota Polis di Hspital Kuala Lumpur. Beliau memaklumkan untuk segera datang ke HKL bagi membuat pengecaman myat seorang perempuan yang mngal dunia akibat kemaalangan jalanraya.

Aku kaku. Aku merasakan seluruh hidup aku gelap. Aku buntu. Aku cuba hubungi Izzah.

Namun telefonnya tak dapat dihubungi. Baru aku perasan ada beberapa miss call di telefon aku dari Izzah. Aku tidak menyedarinya sebab aku tertidur. Aku menangis semahunya. Aku menjerit semahunya.

Aku menelefon keluarga aku dan keluarga mertua aku. Aku lantas mengambil kedua anak aku dari pengasuh dan bergegas ke HKL.

Demam aku bukan lagi penghalang. Aku menangis sepanjang jalan. Anak sulung aku bertanya mengapa aku menangis. Aku tidak dapat memberikan jawapan kepadanya.

Sampai di HKL aku bergegas ke Kecemasan dan dibawa ke satu ruang untuk pengecaman myat. Sebatang tubuh terbujur kaku di hadapan aku, ditutupi kain putih dengan kesan drah. Aku berdoa pada Allah SWT agar jnazah depan mata aku ini bukanlah Izzah.

Dengan berat hati aku membuka lembaran kain putih itu dan benarlah Izzah yang terbujur kaku di depan aku. Aku hampir pitam melihat Izzah. Aku lemah.

Aku rasa dunia aku gelap. Aku terasa seperti mahu menjerit. Anak anak aku sudah mula menangis bila melihat ibu mereka terbujur kaku depan mata mereka.

Aku dipapah ke tempat duduk oleh petugas HKL apabila mereka melihat aku semakin lemah. Anak anak aku tidak henti henti menangis sambil memanggil manggil ibu mereka. Tidak lama kemudian, keluarga aku dan mertua sampai dan aku terus pitam.

Aku hanya sedar sejam kemudian. Keadaan demam aku semakin buruk kerana aku skip makan ubat. Mengikut ayah aku, Izzah terbabas ke longkang di tepi NKVE.

Polis mengesyaki Izzah mungkin terlelap ketika memandu. Aku menangis dan rasa bersalah kerana akulah yang sepatutnya memandu pada waktu itu. Kalau aku mengantuk waktu memandu bila balik kerja, Izzah akan sentiasa ada untuk memastikan aku memandu dengan selamat.

Tapi Izzah keseorangan pada waktu itu. Yang lebih membuatkan aku ralat adalah Izzah telefon aku mungkin nak tahu keadaan aku di rumah, nak tanya aku makan ubat atau tidak, nak tanya aku dah lunch atau belum….. Tapi aku tak jawab panggilannya.

Ya Allah, berat ujianMu padaku… Aku tak mampu Ya Allah.

Jnazah Izzah dikebumikan pada waktu malam selepas selesai post mortem dijalankan. Ahli keluarga aku dan Izzah, kawan kawan sekerja, kawan kawan universiti hadir bagi melihat Izzah buat kali terakhir.

Aku terasa sangat lemah. Lebih lemah bila memikirkan nasib anak anak aku yang kehiilangan ibu mereka.

Yang bongsu tertidur akibat penat menangis, manakala kakaknya masih lagi menangis memanggil ibunya. Aku hanya mampu melihat.

Aku menciium dahi Izzah buat kali terakhir sebelum kain kapannya ditutup. Aku hanya mampu menangis. Menangis dan terus menangis. Aku kehiilangan cinta hati aku pada hari itu.

Pengebumian selesai jam 12.00 tengah malam.

Hampir 3 tahun telah berlalu. Tiada satu malam pun yang aku lalui tanpa terkenang Nurul Izzah. Setiap malam aku akan bercerita kepada anak anakku, Dhia Izratul dan Dhia Nazratul. Cerita tentang aku dan Izzah.

Aku membesarkan anak anakku berseorangan. Segala apa yang ada di dalam rumah aku, pasti akan mengingatkan aku kepada Izzah.

Jujur aku katakan bahawa ada perempuan yang cuba mengetuk pintu hati aku. Namun, aku tidak pernah cuba untuk membalas cinta mereka. Aku tidak dapat melupakan Izzah walaupun Izzah sudah tiada lagi di dunia ini.

Keluarga aku dan mertua menasihati aku untuk berkahwin lain namun aku tetap dengan keputusan aku. Biarlah aku berseorangan sahaja tanpa pasngan di dunia ini.

Aku masih ada 2 orang anak yang akan sentiasa menemani aku dan akan aku besarkan mereka dengan penuh kasih sayang sebagai seorang bapa dan seorang ibu.

Aku tidak mahu adanya orang ketiga di antara kami. Aku ingin berjumpa Nurul Izzah di syurga yang abadi kerana dialah Bidadari Syurga aku.

Aku mohon agar pembaca semua mendoakan agar aku tetap tenang dan tabah dalam membesarkan anak anak aku dan Izzah.

Akhir kata dari aku..Nurul Izzah binti Ahmad Nazri, Abang cintakan Sayang sepenuh hati Abang. Tenanglah dikau disana. Sayang tunggu Abang dan anak anak kita ya.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Eika, Ya Allah fisrt time baca luahan paling sedih aku rasa . Aku tahan je mata ni supaya tak berair nnti ade pulak yg perasan tetiba aku nangis.

Semoga confessor bertemu kembali bidadari yg paling dirindui di syurga nnti dan semoga anak2 confessor mnjadi seorang anak yg solehah seperti ibunya dan berjaya dunia dan akhirat ,Aamiin.

Hasnah Ghani, Allah itu adil, kebahagian sebegini x semua org dpt m ngecapi nya, saudara bertuah menikmati nya wpun seketika,sedangkan org lain yg d panjangkan usia tp hidup tampa kasih syg n d cintai, kita m rancang dgn baik tp perancangan allah juga yg terbaik,

hidup kita d dunia hanya sementara mungkin dgn cinta sejati ini membuatkan saudara bahagia d dunia n akhirat , arwh akan sentiasa tenang d sana dgn iringan doa n bacaan ayat2 al quran dr suami yg tercinta n penoh kasih syg ,

bahagia yg sebenar ada lah apabila kita m bahagiakan org lain, saudara masih ada anak yg juga berhak mendapat kasih syg n belaian supaya mrk akan merasai kebahagian selama nya, insyaallah , suka membaca nya semoga saudara tabah selama nya, solute.

Nadia Johan, Innalillah.. Sesungguhnya Allah lbh menyayanginya. Terima kasih kongsi cerita saudara pd kami sekurg2nya rmi bole jdkn pedoman. Seikhlasnya sy doakan spy saudara sekeluarga diberikan kekuatan dan dilimpahkn rahmat Allah berpnjgn, InsyaAllah amin..

Nuraz Wan, Awk mmbuatkn sy kembali percaya, ada cinta luhur yg tdk mampu dibataskn olh waktu dn tempat ddunia ini… Sy sdh lama hiilang percaya pd cinta, krn yg sll sy jumpa, org yg mngaku cinta separuh ny4wa,

tp tetap cari yg lain selepas bberapa waktu, wlu ada yg tunggu sepuluh tahun, tp tetap mncari ganti… Sy doakn awk dn ank² mencipta bahagia dgn cara kalian sendiri… Solute utk cinta sejati, yg sdh hmpir pupus dr dunia ini.

Mira Yana, part dapat call dari polis tu aku dah start nangis . sebab sama macam apa yang aku lalui. waktu lebih kurang sama waktu balik keje, eks1den dekat jalan istana KL , tunggu suami amek kt opis tak sampai2. yang dapat panggilan dari polis suruh datang HUKM untuk buat pengecaman.

Memang sebijik apa yg abang ni lalui , macam tu la aku lalui. s4kit diaa s4kit sangat2. kecuaian sebab orang lain . orang lnggar suami waktu suami balik kerja otw amek aku kat opis .

saya rindu awak sayang dan akan sentiasa merindui awak. semoga awak tenang kat sana ya . Alfatihah – 24/6/2020

Nurul Izzah, Ya Allah sedihnya. Sy nangis baca betapa bertuah dan beruntungnya arwh nurul izzah sebb punya suami yg setia dan tulus menyayangi dan mencintainya sehingga ke syurga.

Semoga nurul izzah bt ahmad nazri ditempatkan dikalangan org yg solehah. Nm sama. Tp nurul izzah yg ni diluukai dan dicraikan kerana org ketiga.

Walaupun dah 3 tahun berlalu tp luukanya masih dlm lagi. Bukan xcuba untuk lupakan tp susahnya jd seorang yg setia. Semoga kita sama2 kuat besarkan ank.

Salwa Din, Sahabat baik saya, suami dia mngal dunia sebab eksiiden motor. Dia dah ada seorang anak lelaki. Ambil masa juga untuk dia terima keadaan tu. Dia bertemu jodoh dengan duda yang juga kehiilangan isteri sebab eks1den kereta, dan mempunyai anak 2 orang.

Sekarang, mereka dah berkahwin hampir 6 tahun dan dikurniakan 2 orang lagi anak. So total ada 5 anak dah.. Semoga confessor tabah, dan dipermudahkan urusan. Bukan mudah untuk move on.

Wawa Zahra, Alhamdulillah. Setidaknya tuan tanah tak pernah rugi punya isteri sebaik Izah. Setianya bagi seorang Izah sanggup tunggu sahabat baik bertahun-tahun lamanya. Lagi perit bila orang yang kita suka menceritakan perasaan sukanya pada orang lain.

Allah sebaik-baik perancang. Penungguan Izah berhikmah. Setia dan keberanian Izah payah nak cari. Bertuahnya saudara. Moga cinta kalian hingga kesyurga.

Cik Fify, Semoga terus tabah dan kuat menjalani hidup seharian confessor..kena kuat utk anak2..jaga anak2 baik2…jaga diri confessor sama..semoga dipermudahkan urusan confessor dan dimurahkan rezeki juga..aamiin2..

byk2 kan bersabar dlm mendidik anak2..kalau penat dan perluukan bantuan mnta bntuan pd keluarga terdekat..jgn sedih..insyaAllah arw4h da bahagia kat sana..Al-Fatihah (dibaca) buat arw4h isteri confessor..Nurul Izzah smg ditempatkan dikalangan org2 yg solehah..aamiin2 ya rabbal alamin .

Husnah Iffah, Arghhhh, Ternangis lahaaiii… sy sedekahkan al-fatihah buat arw4h. Moga Allah makbulkan doa2 confessor untuk bertemu arw4h di syurga. Moga anak2 confessor dan arw4h menjadi anak2 yg solehah lg bijaksana dunia akhirat.

Aminnn… You are strong man to both of your daughters. Apa2 pun ada mslh jgn pendam sesorg ye. Kongsi la dgn kwn2 or family supaya tak sesak dada mengingati kenangan2 lalu.

Live happily insyaAllah. Bab anak tu aku tak blh sikit. Anak aku pun dua perempuan jgk. Aku demam tahun lps pun depa dh nangih mcm apa. Tak blh byg kalau aku yg tak dak depa plk mcm mana. Allahu.

Nik Yeah,Confessor seorg yg baik dan Allah temukan dgn org yg bai dan Allah sayangkan isteri awak terlebih dahulu mengambil ny4wa isteri awak bersyukur awak kerana masih ada anak2 yg boleh hiilangkan rindu awak pd isteri sampai bila2 saya doakan supaya awak kuat dan jaga amanat awak dgn sabar.

Sumber – Imran (Bukan nama sebenar) via IIUMC | informasiviral

Related Posts