Berakhir sudah sakit mu , ” Husna Solehah pergi mu tak kembali dikebumikan di Kaherah ”
Pelajar Malaysia, Husna Solehah Mohd. Salleh, 21, yang meninggal dunia akibat penyakit tuberkulosis di sebuah hospital di Iskandariah, Mesir, dikebumikan di Kaherah, hari ini.
Husna Solehah, pelajar tahun tiga Universiti Iskandariah men1nggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sekitar pukul 8 malam semalam.
Sebak luahan rakan rakan seperjuangan ” Selamat tinggal sahabat seperjuangan kami. Kami menjadi saksi ketabahan seorang insan melawan penyakit berminggu lamanya.
Jauh dari sudut hati, kami tak sekuat kamu, kami tak semampu kamu. Moga Allah mengantikan segala jerih payah ini dengan syurga abadi buatmu.
Pulangnya ke negeri abadi pada Jumaat Bulan Ramadan,Alfatihah buat Saudari Husna Solehah, Pelajar Pergigian Tahun 3, Iskandariah -Muhammad Nuqosh Wahbah.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ibu bapanya memberi kebenaran kepada Wisma Putra agar jenazah Husna Solehah dikebumikan di Kaherah.
Pelajar terbabit berasal dari Kelantan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana penyakit tuberkulosis pada 7 April lalu sebelum disahkan meninggal dunia pukul 8 malam semalam.
Pengurusan jenazah disempurnakan di bangunan Mara di Iskandariah sebelum dihantar ke Kaherah untuk dikebumikan.
Pengebumian Jenazah Allahyarhamah Husna Solehah Binti Mohd Salleh, Pelajar Jurusan Pergigian Universiti Alexandria di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Kaherah.
Jenazah Allahyarhamah Husna Solehah Binti Mohd Salleh telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Bilbis, Kaherah pada 10.00 pagi Sabtu, 23 April 2022 bersamaan 22 Ramadhan 1443 H.
Allahyarhamah Husna Solehah (21) adalah pelajar tahun tiga jurusan pergigian di Universiti Alexandria yang berasal dari Bachok Kelantan.
Beliau disahkan men1nggal dunia sekitar pukul 8.00 malam, 22 April 2022 semasa menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Elite di Alexandria kerana mengidap penyakit Tuberculosis (TB). Beliau telah dimasukan ke hospital pada 7 April 2022.
Jen4zah telah disembahyangkan di Bangunan MARA di Alexandria sebelum dibawa ke Kaherah dan disembahyangkan sekali lagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Bilbis, Kaherah.
Urusan pengebumian juga telah dikongsikan bersama pihak keluarga secara live video call. TYT Ambassador juga sempat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan pihak keluarga juga mengucapkan terima kasih atas bantuan pihak Kedutaan dalam menguruskan jenazah anak beliau.
Warga Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ingin mengucapkan takziah kepada kedua ibubapa dan keluarga di atas pemergian Allahyarhamah Husna Solehah Binti Mohd Salleh buat selama-lamanya.
KBMK juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya pegawai-pegawai Kedutaan yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pengurusan jenazah Allahyarmah yang dipermudahkan oleh Allah SWT dan telah berjalan dengan lancar -Embassy of Malaysia in Cairo.
Kakitangan kedutaan Malaysia di Kaherah dan rakan-rakan arw4h turut membantu dalam urusan terbabit, katanyadi sini hari ini.Al fatihah.