Khalid Redza amat kejam , ” Dia buat saya, Hanan & Meriammah tanpa belas kesihan – Siti Syarifah ”
Selepas dua minggu membuat pengakuan bersalah mencederakan seorang wanita, seorang peniaga menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu.
Tertuduh, Khalid Redza Shuib, 41, menukar pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas kertas pertuduhan dibacakan buat kali kedua pada prosiding sebutan semula kes berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 April ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam,Sepatutnya pada prosiding itu mahkamah mendengar kenyataan impak mangsa dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah pada 13 April lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Siti Syarifah Aibiddin, 35, di sebuah rumah di Taman Nee Yan antara 1 Disember 2021 hingga 23 Mac 2022.
Kronologi Kekejaman Khalid Redza, ” Khalid turut didakwa membunuh Meriammah Abdullah Basam, 29, pada tarikh antara 15 Mac 2022 hingga 17 Mac 2022 di lokasi sama dia ditvduh membvnuh Hanan Hasrul Izwan, 5, di sebuah rumah di Taman Nee Yan di Seremban.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh mengangguk faham selepas kertas pertvduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.
Sementara itu, Nadia turut mendedahkan, beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rapat dengan keluarga seorang lagi mangsa dera Khalid iaitu Siti Syarifah Aibiddin, 35, bahawa semua kad bank, kunci, telefon bimbit arwah dan Siti dipegang oleh suspek.
Dia ada menghubungi saya dan memaklumkan perkara tersebut dan berkata segala barangan peribadi Siti dan Meriammah dipegang oleh Khalid.
Malah sebelum kejadian katanya, Khalid turut pernah menghantar email kepada jabatan tempat Siti bekerja memaklumkan Siti berhenti kerja tanpa sebab. Dan selepas itu tiada sebarang khabar diterima daripada Siti sehingga kes penemuan mayat digemparkan pada 20 Mac lalu.
Siti juga ada memaklumkan dia bersama m4yat arw4h selama dua hari dikurung dalam satu bilik sebelum arwah menghembuskan nafasnya.
Tiada apa-apa yang dapat dilakukan Siti ketika itu kerana kaki patah dan dia sendiri tersiksa, ujarnya yang memaklumkan kisah tersebut diberitahu oleh individu tersebut dan diberitahu oleh Siti sendiri ketika ditemui di hospital baru-baru ini.
Sementara itu Siti Syarifah juga hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda sambil ditemani bapa dan beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Negeri Sembilan.
Wanita itu kelihatan tenang namun sesekali dilihat cuba ditenangkan bapanya,Sementara itu peguam pemerhati yang mewakili Siti Syarifah, Datuk Hanif Hassan memberitahu media, m4ngsa hadir ke mahkamah untuk mengemukakan kesan kesalahan (impak kesalahan).
M4ngsa sendiri nak bagi kenyataan, tapi disebabkan tertuduh tukar pengakuan, prosiding itu tak dapat diteruskan.
Keadaan m4ngsa seperti dilihat tidak boleh berjalan seperti biasa dan terpaksa berkerusi roda, tetapi mempunyai semangat yang tinggi untuk hadir ke mahkamah,katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan berdasarkan fakta kes, m4ngsa cedera pada kedua-dua belah kaki, dada dan belakang badan seperti ditekap dengan objek panas.
Selain itu turut dinyatakan mangsa mengalami luka pelbagai peringkat iaitu dari luka baru sehingga yang telah sembuh menandakan luka melecur tersebut dialami berulang kali pada masa berbeza.
Tidak cukup dengan seksaan itu, m4ngsa turut mengalami patah tulang femur sebelah kanan dan mukanya mengalami luka-luka kecil.
Keterangan saksi pula telah mengesahkan terdapat kejadian pukul ke atas m4ngsa sehingga melecur dan kaki m4ngsa dipijak secara berulang kali sehingga patah sepanjang tempoh m4ngsa tinggal di lokasi kejadian.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tengkorak dan cebisan tulang rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan ditanam di kawasan belukar berhampiran tangki milik Pengurusan Air Berhad, di Taman Bukit Zamrud pada 7 April lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, tulang berkenaan ditemui jam 11 pagi selepas svspek lelaki utama kes penemuan m4yat seorang wanita di Jalan Bukit Putus Lama pada 20 Mac lalu dan seorang saksi perempuan telah dibawa menunjukkan lokasi terbabit.Al fatihah.