“Saya Akan Minta Sarah Mas4kkan Pajeri N4nas Setiap Kali Ramadhan tiba”-Shuib
“Saya Akan Minta Sarah Mas4kkan Pajeri N4nas Setiap Kali Ramadhan tiba”-Shuib
Mengakui berasa sedih, Shuib berkongsikan kenangan mereka ketika Ramadan dimana dia dan arw4h Sarah suka pergi ke bazar bersama-sama untuk pilih dan membeli kuih-muih.
Tahun ini sememangnya cukup berbeza buat pelawak Shuib Sepahtu apatah lagi menyambut Ramadan tanpa isteri tercinta, Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin.
“Tahun ini, kali pertama Ramadan tanpa dia (Sarah), memang sedih, gementar pun ya. Fikirkan perasaan anak-anak termasuk diri sendiri juga.
“Dia pun tahu saya memang suka pajeri nanas. Jadi, dia memang takkan tak buat dan dia mesti buat (masakkan). Itu yang dirindui, pajeri nanas
“Kami suka pergi bazar Ramadan sama-sama. Pilih kuih, cari pajeri nanas. Dan kalau nak cakap apa yang tak boleh lupa ketika Ramadan, saya memang akan minta Sarah masakkan pajeri nanas.
“Sarah. Selain itu, ada lagi satu masakan kegemaran Sarah iaitu dia suka masak kerutup ayam atau kerutup daging. Ya Allah, sedapnya,” katanya.
“Jadi, Ramadan kali ini tak ada persiapan dan saya lebih kepada perancangan untuk bersahur serta berbuka dekat mana, dengan siapa. Sambutan pun biasa-biasa saja.
Bercerita mengenai keperibadian arw4h isterinya, Shuib berkata aktiviti Sarah ketika Ramadan, dia kerja macam biasa dan di sebelah petang pasti akan banyak masa di rumah untuk masak dan menyiapkan juadah berbuka untuk keluarga.
“Tak adalah ‘heavy’ sebab memikirkan hari pertama puasa ini sahur macam mana, berbuka macam mana, anak-anak punya perasaan termasuk ‘daddy’ dia punya perasaan juga,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkata bulan Ramadan ini adalah ruang terbaik untuk dia dan keluarga berbuat amal jariah, beribadat dan sedekah untuk arw4h isterinya.
“Insya-Allah, harap tahun ini boleh menjalani puasa dengan baik dan dapat perbanyakkan lagi amal ibadat. Dapat buat banyak sedekah khususnya untuk Siti Sarah,” katanya.
Terdahulu, Siti Sarah men1nggal dun1a akib4t c0v1d-19 selepas tiga hari melahirkan anak keempat mereka, Ayash Affan kini berusia tujuh bulan secara pembed4han pada 6 Ogos tahun lalu.
Sumber: Rotikaya