Seorang lagi rakyat Malaysia jalani hukvman g4ntung esok
Seorang lagi rakyat Malaysia jalani hukvman g4ntung esok
Menurut laporan Malaysiakini seperti dipetik Harian Metro, K Datchinamurthy telah ditahan di Penjara Changi sejak 2011 sementara hukuman tersebut dijalankan.
Selepas D Nagaenthran, seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan akan menjalani hukuman g4ntung sampai m4ti di penjara Singapura, pagi esok atas kesalahan menyelvdup d4dah.
Difahamkan, jadual pelaksanaan hukuman ke atas lelaki berusia 36 tahun itu dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang bertarikh 22 April lalu.
Terdahulu, dia ditahan dan didakwa atas tuduhan mengedar 44.9 gram diamorphine yang juga dadah diperbuat daripada heroin.
Memetik laporan Malaysia Gazette pula, pada 30 Mac lalu, seorang rakyat Malaysia, Abdul Kahar Othman digantung kerana melakukan kesalahan sama sekali gus menjadi individu pertama yang dihukum mati oleh republik itu dalam tempoh dua tahun.
Ketika ditahan sekitar 2011, Datchinamurty bersama seorang wanita Singapura tetapi wanita terbabit telah dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Singapura.
Sumber: Harian Metro , Malaysia Gazette (Kasthuri Jeevendran)