“Untuk Semua Dari Mandi, K4fan Solat Hinggalah Ke Tanah Perku.buran. Tak Payah Bayar”- Khiriah
“Untuk Semua Dari Mandi, K4fan Solat Hinggalah Ke Tanah Perku.buran. Tak Payah Bayar”- Khiriah
SEJAK kebelakangan ini kita sering mendengar sesetengah pihak dikatakan cuba mengambil kesempatan mengenakan bayaran mahal dalam pengurusan jen@zah. Dalam Islam, peng3bumian perlu disegerakan, namun tidak bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Golongan tersebut terpaksa mencari wang dan ada juga terpaksa berhutang sana dan sini untuk menguruskan jen4zah dek bayaran dikenakan terlampau tinggi. Menyedari situasi itu, pelakon, Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie mengambil inisiatif menjadikan kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jen4ah.
Lebih menyentuh hati perkhidmatan van jen4zah itu ditawarkan secara percuma untuk mereka yang memerlukan. Bukan itu sahaja, Khiriah bersama suami turut menubuhkan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang menguruskan proses memandikan, kafan, solat jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan tanpa sebarang caj. Ya, percuma!
Menerusi perkongsian di Instagram, Khiriah sentiasa berdoa agar usahanya itu dipermudahkan ALLAH.
“Lama akak tak UP pasai van jenazah akak…Takut ada yang terlupa. PERCUMA untuk semua dari mandi, kafan, solat sehinggalah ke tanah perkuburan. Tak perlu bayar apa-apa tapi doakan @pertubuhanamalnurbykhiriah dipermudahkan ALLAH, Aamiin,” mohon beliau.
Justeru, pelakon utama drama bersiri Nur itu turut menitipkan pesanan buat orang ramai supaya mencari teamnya jika ada kem4tian. “Andai terjadi kem4tian, carilah @pertubuhanamalnurbykhiriah. Team kami akan uruskan semua proses. Hubungi Faizul di talian 012-2058005.
“Untuk sebarang sumbangan boleh salurkan ke Bank Islam atas nama @pertubuhanamalnurbykhiriah bernombor akaun 12140010018156. Terima kasih semua, semoga ALLAH membalas kebaikan kalian,” tulisnya lanjut.
Sumber:sharian