Waris rap di majlis ilmu? Netizen kata salah acara! Ustaz2 pun pandang pelik


Kecoh di laman Facebook apabila tular sebuah video memaparkan seorang penyanyi lelaki sedang membuat persembahan lagu hip hop ketika berlangsung satu majlis ilmu yang dihadiri golongan agamawan.

Rakaman berdurasi 16 saat itu dimuat naik di akaun Facebook Mael YY Pang sehingga mengundang pelbagai komen netizen yang rata-rata mendakwa penyanyi tersebut adalah Waris.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat beberapa golongan agamawan sedang duduk di atas pentas sambil mendengar penyanyi itu membawa lagu dalam bahasa Inggeris yang diiringi lampu persembahan berwarna-warni.

Bagaimanapun, tidak semua ‘menikmati’ persembahan itu dengan tenang kerana sebahagian mereka seolah-olah menunjukkan reaksi kurang senang dengan nyanyian penyanyi terbabit.

Selain hanya menundukkan wajah sambil memegang kepala, terdapat juga individu memandang dengan penuh hairan seperti ada yang tidak kena dengan konsep majlis tersebut.

Posting itu menerima perkongsian sebanyak 1,100 kali dan lebih 800 komen netizen yang turut meninggalkan kritikan terhadap persembahan penyanyi berkenaan yang dianggap telah merosakkan majlis.

Malah, tidak kurang ada juga netizen simpati dengan golongan agamawan yang sepatutnya disajikan dengan alunan selawat atau qasidah tetapi bunyi hiruk-pikuk terpaksa dilayan.

Macam salah acara ni

Rosak majlis ilmu!

Member dah ketap bibir

Waris kan?

Malu tengok, semua ‘usha’ pelik

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai majlis dan lokasi acara tersebut. Diharapkan, pihak penganjur dapat tampil memberikan kenyataan supaya agama tidak disalah ertikan oleh segelintir individu lain.

Sumber: Facebook Mael YY Pang