Ya Allah. P0lis Mendapat Laporan Kes Kem4tian Adik Adam Juga Dibawah Jagaan Di Rumah Bonda Siti Bainun


Kes penderaan seorang anak istimewa sindrom down dikenali sebagai Adik Bella sedang mendapat perhatian umum masyarakat dan untuk menghentikan perbuatan terkutuk ini, pendedahan perlu dibuat.

Jangan bercakap soal perlu menjaga aib apabila rumah penjagaan milik Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur ini mengabaikan tanggungjawab sehingga ramai anak-anak istimewa menderita.

Berdasarkan perkongsian Fdaus Ahmad, kejadian malang menimpa anak-anak istimewa sindrom down di rumah penjagaan tersebut sudah lama berlaku dan adik Bella bukanlah yang pertama.

Selain adik Bella, terdapat seorang lagi anak istimewa sindrom down bernama adik Adam namun sudah meninggal dunia dengan alasan m4.ti mengejut dan berikut adalah catatannya :

Kem4.tian Bayi Dari Rumah Bonda
Sebenarnya pada Mei 2020 masa orang tengah kalut dengan PKP berlaku satu kem4.tian melibatkan bayi jagaan Rumah Yang Sedang Viral (RYSV).

Kem4.tian sorang bayi berumur 10 bulan bernama Adam. Adam seorang bayi SD. Adam ni perlukan penjagaan rapi dan teliti sebab dia ni special, susu kena bagi minum on time elok elok.

Dan bila kita bercakap pasal Rumah Yang Sedang Viral ni, siapa lagi yang sepatutnya kita rujuk untuk dapatkan keterangan?

Rumah Yang Sedang Viral mengatakan kem4.tian Adam adalah tiba tiba, kalau tiba tiba maka kita perlu dapatkan laporan post mortem hospital.

Dengan timbul isu Bella, kem4.tian trag1s Adam tahun lepas muncul semula menjadi teka teki. Adam yang gemuk, tiba tiba jadi kurus dan sakit.

Penderaan Bella, boleh menimbulkan syak kepada kita – bahawa adakah kem4.tian Adam berpotensi terjadi akibat PENGABAIAN?

Sudah ada kem4.tian tetapi kita yang tak tahu apa telah terjadi. Sebab masa tu tiada siapa memberi syak wasangka.

Tapi sekarang, lepas Bella memberitahu kita yang penjagaan Rumah Yang Sedang Viral ni ada unsur penderaan, maka ada asas dan lokus standi yang kukuh – untuk kita semua mempersoalkan kem4.tian baby Adam!

Kami minta, pihak polis bertindak segera dan menyiasat perkara ini sehabisnya, jangan bersisa. Dapatkan semula laporan post mortem arwah Adam, siasat!

Pengurus Rumah Penjagaan
Namun sehingga kini, pengurus rumah penjagaan terbabit, Siti Bainun Ahd Razali masih menegaskan dirinya tidak layak untuk dipersalahkan.

Sehinggakan sewaktu pengarah JKM (KL), Che Samsuzuki Che Noh menemubual Siti Bainun, dia menjelaskan bahawa adik Bella ini seorang yang degil dan tidak mendengar kata.

Menepis dakwaan terbabit, seorang sukarelawan di rumah penjagaan terbabit, Mummy yang pernah menjaga adik Bella selama 4 bulan mengatakan adik Bella adalah seorang yang sangat rajin.

Mengetahui nasib adik Bella yang dipaksa makan cili tanpa minum air, Mummy terkenang yang adik Bella ini seorang yang kuat minum air sehingga tak dapat bayangkan betapa seksanya adik Bella.

Dalam rasa sebak, Mummy terkenangkan sikap dan keletah Adik Bella yang begitu manja dan penyayang, malah Mummy ceritakan yang adik Bella ini juga jenis suka budak-budak.

Polis terima laporan Pejuanita mohon siasat kem4.tian Adam
Polis didesak untuk membuka semula siasatan kes kem4.tian seorang bayi lelaki pada 3 Mei 2020 yang didakwa ada kaitan dengan isu penderaan di pusat perlindungan Rumah Bonda di Taman Setapak, di sini.

Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan Bibi Sunita S Khan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kem4.tian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan, Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim menerusi hantaran yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Tujuan kami membuat laporan berkaitan isu ini adalah supaya polis menjalankan siasatan terhadap punca kem4.tian bayi berkenaan termasuk melakukan proses bedah siasat semula bagi tujuan itu memandangkan dia (Adam) didakwa diasuh di pusat perlindungan Rumah Bonda yang dikendalikan oleh Siti Bainun.

“Justeru, kami percaya perkara ini (kem4.tian Adam) adalah kes yang perlu dibuka semula dan disiasat segera kerana arwah tidak dilibatkan dalam proses bedah siasat untuk mengetahui apu punca kem4.tian bayi terbabit,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa, di sini, hari ini.

Bibi mendakwa seorang wanita, Zurianty Sudin turut membuat laporan berhubung kem4.tian Adam yang dipercayai ada membabitkan isu penderaan di pusat perlindungan terbabit.

“Kita mahu kes Adam dibuka dan disiasat semula kerana khuatir terdapat berkemungkinan besar banyak lagi kes penderaan membabitkan anak-anak ini berlaku di rumah penjagaan (Rumah Bonda) sebelum ini yang memerlukan tindakan segera.

“Malah, kita juga mahu isu penderaan ini dijadikan sebagai perkara yang boleh mewujudkan serta menambahbaik dasar bagi membantu anak-anak termasuk yang mengalami sindrom down di rumah perlindungan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 10.30 pagi, hari ini.

“Kami menerima satu laporan berhubung perkara itu yang dibuat seorang wanita mewakili Pejuang Wilayah Persekutuan di Balai Polis Setiawangsa.

“Laporan itu berkaitan kes kem4.tian seorang bayi lelaki yang berada di bawah jagaan Rumah Bonda pada 3 Mei 2020,” katanya.

Menurutnya, pengadu mendakwa kem4.tian bayi itu disyaki ada unsur penderaan sepertimana yang berlaku kepada Bella.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan yang rapi berkaitan aduan ini supaya perkara itu dapat dijelaskan dengan baik kepada masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, pada 20 Ogos tahun lalu atas pertuduhan mengabaikan sehingga menyebabkan remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang mengalami kecederaan fizikal dan emosi antara Februari hingga Jun tahun lalu.