Ajal abang Zulkil ketika cari rezeki, ” Lorinya terbabas dirempuh lori lain ”


Seorang lelaki m4ut apabila lori dipandunya dil4nggar sebuah lori lain sehingga terbalik berdekatan stesen minyak di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan m4ngsa dikenali Zulkilnaziadin Hassan, 44, men1nggal dunia akibat p4rah di kepala.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecem4san pukul 11.14 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati kem4langan itu melibatkan dua lori tiga tan masing-masing menghala ke arah Pelabuhan Klang.

Kejadian dipercayai berlaku apabila satu daripada lori itu dipandu lelaki berusia 24 tahun melanggar belakang lori m4ngsa.

Perlanggaran itu mengakibatkan lori m4ngsa hilang kawalan lalu terbalik di lokasi berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Moga isteri arw4h dan anaknya tabah kehilangan insan tersayang bergelar suami dan ayah buat anak perginya dijemput il4hi ketika sedang mencari rezeki akibat kecuaian orang lain. Al fatihah.