Belum Pulih Selepas Terkena Sih1r, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terus Sebar Kebaikan Bukan Nak Cabar Tapi Allah Maha Berkuasa
Personaliti media sosial dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad pernah mended4hkan dia dan isteri, Syafiqah Aina telah disihir oleh individu tidak bertanggungjawab sehinggakan perlu menjalani raw4tan kaedah perub4tan Islam.
Ketika ditemui OhBulan!, Hafiz menyatakan keadaan kesihatan Aina masih belum pulih daripada gangguan dan peny4kit m1steri sejak tahun lalu.
Menurut Hafiz, perbuatan sy1rik itu tidak melemahkan mereka berdua untuk menjadi kuat dan tabah dalam menempuh ujian Allah SWT.
Katanya lagi, dia percaya di muka bumi ini hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa dan akan tetap menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
Sebagai suami apabila melihat Aina terkena peny4kit m1steri, memang saya marah dan ger4m. Tapi ia buat kami sedar, setiap perbuatan tak perlu dibalas begitu, sebaliknya kami perlu usaha dan buktikan kepada mereka yang kami boleh menjadi lebih baik.
Biarpun belum pulih sepenuhnya tapi kami kuat. Allah ada dan kami kena terus berjuang. Saya bukan nak mencabar atau merendahkan mereka, namun saya nak tunjukkan, Allah Maha berkuasa. Buatlah macam mana pun saya tetap akan sebarkan kebaikan.
Apa yang kami usahakan selama ini hanyalah untuk bantu orang lain tambah pendapatan. Kenapa perlu kacau kami sampai begini.
Apapun yang mereka buat kami tidak akan membalas kembali. Sakit itu biarlah kami yang simpan. Dalam realiti kami sangat gembira.
Akui trauma dengan kejadian meny4kitkan itu, usahawan muda ini terpaksa berfikir berulang kali sebelum menerima produk makanan yang dihantar untuk ‘review’.
Jujurnya kami agak tr4uma atas apa yang berlaku. Jika sebelum ini, andai ada yang menghantar produk makanan, kami akan ‘review’ tanpa sebarang cas untuk bantu usahawan lain.
Namun kejadian yang berlaku buatkan kami berfikir banyak kali.
Biarpun begitu, Hafiz dan Aina akan terus mencurahkan kasih sayang dan memastikan rumah tangga mereka kekal bahagia.
Dalam rumah tangga pula, setiap hari kami bahagia. Kami sweet antara satu sama lain dan ada ‘5 minute rules’ dalam perkahwinan di mana andai berlaku apa sahaja perselisihan, sama ada saya atau Aina akan meminta maaf dan berpelukan selepas itu supaya ia tidak berpanjangan.
Hafiz dan Aina ditemui pada majlis Ainaa Beauty Annual Gala Dinner yang diadakan di Marriot Putrajaya, baru-baru ini.
Sempena ulang tahun kelima, Ainaa Beauty telah memperkenalkan wajah baharu rangkaian produknya dengan reka bentuk botol yang lebih moden, inovatif serta lebih segar dari reka bentuk botol-botol sebelum ini.
Pasangan itu juga tidak lupa meraikan kerja keras usahawannya sepanjang tahun 2021 dengan pelbagai hadiah lumayan termasuklah sebuah kereta Proton Axia, dua buat Proton X50 serta lebih 40 biji Iphone 13 Pro Max dan beberapa set perhiasan emas.
Selain itu, produk kecantikan itu meraikan individu yang konsisten dan tetap terus dengan Ainaa Beauty melalui Anugerah Khas Lelaki dan Wanita Inspirasi.
Sumber : https://ohbulan.com/ via sinarviral.com