M̷AK SURUH ̷ISTERI AKU BERDIK̷ARI. ISTERI NAK BERS̷ALIN AKU BUAT XTAHU JE TERUS T̷IDUR
Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. aku hairi, kisah yang aku nak cerita ni kisah yang baru jadi kat diri aku. aku baru je bercrai dengan isteri aku atas eg0 dan silap aku sndiri. Aku harap bekas isteri aku dapat maafkan aku dan beri aku peluang untuk jadi suami yang baik untuk dia.
Aku dan dia dah berumah tangga 2 tahun dan dikurniakan seorang puteri.aku pjj dengan dia di sebabkan kerja.,aku di kl dan dia guru dia utara. aku duduk dengan fqmily aku. dia duduk dengan family dia kat utara.
Aku ada je nak pindah duduk kerja sana dengan dia tapi mak aku tak bagi. macam2 dia ug0t aku. aku pun bod0h ikut je. sampaikan hati isteri aku sendiri aku abaikan.
Masa dia mengandung aku langsung tak ambil tahu sebab aku terlalu ikut semua cakap mak aku biarkan bini berdikari. nafkah pun aku bagi rm200 je sebulan.
Barang baby satu pun aku tak pernah beli. one day aku dpat tau wife aku dah melahirkan. Dia ada bagu tau malam sebelum dia mlahirkan dia rasa macam nak bersalin tapi aku buat tak tahu dan terus tidur.
Isteri aku selamat melahirkan puteri kami jam 6 pagi dan aku sampai sana jam 5 petang. betapa keljam nya aku tak ade masa dia perluukan aku. aku tau dia terasa tapi aku buat tak nampak tanpa ada kata maaf.
Bod0hnya aku, tiap2 bulan kami bergduh hanya sebab nafkah yang aku bagi pada dia. dia cakap aku lepaskan tanggung jawab semua pada dia.. mase ada anak aku hanya bagi rm150 pada dia.
Aku terlalu ikut kan apa mak aku cakap sebab mak aku cakap wife aku bekerja dan duit tu boleh bagi kat mak aku untuk beli barang lain. bod0hnya aku waktu tu.
Lama kelamaan wife aku stop wasap aku kol aku. tapi aku anggap bende biasa sampai la satu hari mak aku kol kata ada surat dari mahkamah.
Wife aku minta crai, masa tu aku rasa marah, aku pergi jumpa dia dan minta explain. satu je dia cakap aku tak adil. aku lebihkan mak aku dan aku ketepikan hak dia. dan masa tu juga aku terus craikan dia, bod0hnya aku waktu itu.
Aku terlalu eg0. 2 minggu lepas kejadian tu aku mula rasa rindu dengan dia. aku rindu dia kol aku, aku rindu dia merajuk dengan aku, aku rindu semua tentang dia, masa tu baru aku sedar yang aku dah hiilang orang terima aku seadanya.
Untuk pengetahuan korang aku ni kerja kilang je. masa kami kenal aku tak ada kereta. dia masih terima aku. dia kata dia nak susah senang dengan aku.
Zalimnya aku, dia blikan aku kereta secondhand untuk senang aku blik jenguk dia dan anak. tapi aku gunakan kereta tu untuk kesenangan mak aku pergi shopping. sekarang ni aku tak tau dia dah pindah mana.
Aku cuma nak mnta maaf dengan dia. aku tau korang akan kecam aku tapi niat aku cuma aku nak mnta maaf. aku tau kat hati dia takde ruang untuk aku kmbali walau macam mana aku pujuk pon.
Aku tau dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dr aku, untuk bekas isteri aku Erina.. abang tau awak ada dalam grup ni. maafkan abang atas kekilafan abang masa abang jadi suami awak.
Kalau ada jodoh diantara kita lagi abang bersyukur tapi kalau tiada abag redha sebab ini semua salah abang. pada lelaki di luar sana.
Hargailah isteri korang. jangan kerana eg0 dan kejar syurga seorang ibu korang hiilang orang yang ikhlas bersama korang. aku harap kisah aku menjadi tauladan buat lelaki2 di luar sana.
Jangan jadi macam aku disebabkan eg dan dsebabkan aku rasa apa yang mak aku cakap selama ni betul aku kehiilangan dia. Assalamualaikum.
Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah
First of all, thanks admin kalau approve. Dan saya mohon sangat-sangat bila baca confession saya ni, jangan keam mak saya.
Mak saya sebenarnya baik sangat2. Anak menantu susah ke apa, mesti mak saya yang tolong dulu terutamanya harta benda dan kewangan memandangkan mak saya dari keturunan hartawan.
Apa yang saya nak cerita ni mungkin kedengaran macam KRT dan sepatutnya saya post confession ni di sana. Tapi saya tak nak sebab nak elak komen-komen negaatif yang keterlaluan.
Cerita saya ini, saya tak salahkan mak saya seratus peratus sebab semua ni berpunca dari didikan kebanyakan orang dulu-dulu. Mak saya pun dah berumur 60an.
Apa yang saya nak confess di sini ialah sikap mak atau mertua dan bagaimana kita sebagai anak dan sebagai menantu, berperanan dan harus pandai bawak diri.
Pertama tentang sikap mak saya ialah, dia tak suka anak menantu bangun lambat. Jadi bila abang berkahwin, saya dah risau bila ada waktunya kakak ipar bangun lambat.
Biasanya saya dan adik beradik perempuan memang bangun awal sebelum Subuh. Lepas subuh terus masak buat sarapan pagi.
Saya takda masalah pun kalau kakak-kakak ipar tak tolong kat dapur. Mak pun sama kalau anak-anak balik, dia tak kisah pun menantunya tak ke dapur sebab anak-anak yang sediakan semua sebab kami tak suka nak biar kakak ipar sorang-sorang masuk dapur.
Tapi mak memang tak suka anak menantu bangun lambat atau bergolek dalam bilik time orang lain sibuk kat dapur.
Tunjuk muka saja, buat teman borak2 pun takpa dah, asalkan jangan kat tempat tido. Melainkan kalau tak sihat mak tak kisah kalau nak berbaring. Jadi bila dapat salah seorang kakak ipar macam ni, mula la mak tarik muka. Bab ni kami adik beradik tak boleh nak back up kakak ipar.
Yang kedua, mak tak suka anak menantu duduk mengendeng-ngendeng dengan pasngan, mesra-mesra, pluk-pluk depan dia.
Nanti tak pasal-pasal dilabel dengan gelaran yang tak sedap didengar. Aduh mak.. Yang ni saya pun puas cakap kat mak, adat la mak suami isteri. Nak manja-manja.
Tapi mak masih tak boleh terima. Kata mak orang dulu-dulu walaupun suami isteri, tahu batas. Tak pernah nak manja-manja depan orang lain, depan mertua. Tak ada nak tunjuk romantik. Mak kata nak buat semua tu dalam bilik. Nak tergolek sampai katil ptah pun takda sapa peduli.
Yang ketiga, mak selalu pertikai bila abang nak keluar mana-mana, kakak ipar nak ikut sekali. Mak suka samakan dengan zaman dulu-dulu. Katanya orang dulu-dulu suami ja keluar rumah. Isteri tak perlu ikut sekali. Isu ni saya dah terangkan pada mak. Zaman dah berubah.
Dulu isteri tak ikut sebab takda pengangkutan selesa. Zaman sekarang naik kereta, naik motor. Kakak ipar pun nak jalan-jalan tengok dunia. Dan mak suka bagi contoh saya dan kakak-kakak yang lain. Sebab kami memang jenis jarang ikut suami ke mana-mana.
Kalau ada kenduri, nak pergi jalan-jalan bawa anak-anak, makan luar, baru ikut. Kalau ada urusan dengan kawan-kawan suami, buat aktiviti dia orang memang kami tak ikut. Akhirnya mak cuma diam. Tapi lama-lama nanti bila dia nampak lagi kakak ipar saya nak ikut abang saya ke mana-mana mesti dia bunyi lagi.
Sebenarnya banyak isu lain yang mak saya selalu bangkitkan pasal menantu-menantunya. Dulu ada kakak ipar sorang ni dia memang tak masuk dapur. Mak pun selalu buat muka. Kami adik beradik jadi tak seronok sebab mak buat muka dengan kakak ipar.
Sampai la satu hari tu, ayah panggil abang, nasihatkan abang suruh abang tegur kakak ipar rajin-rajin la tengok dapur waktu orang lain kat dapur.
Alhamdulillah, berubah jugak kakak ipar ni. Walaupun tak banyak dia tolong tapi ok lah dia tak memerap dalam bilik atau baring-baring masa orang lain sibuk buat kerja dalam rumah.
Point utama saya nak sampaikan dalam confession ni ialah bila kita masuk dalam keluarga mertua, pandai-pandailah bawak diri. Ada orang kata dia tak nak hipokrit. Jadi macam mana dia kat rumah sendiri, rumah mak dia, macam tu la dia akan buat kat rumah mertua.
Tapi apalah salahnya kalau demi mengeratkan hubungan kita berkorban sikit. Kalau kita asyik nak tunjuk sisi buruk dan kepala angin kita dengan mertua, sampai bila kita nak bina hubungan baik dengan keluarga mertua kan?
Dan juga saya nak sampaikan peranan kita sebagai ipar-ipar kepada menantu mak kita. Maksudnya jika mak kita selalu merungut pasal menantu, kita tolong la jangan panaskan lagi hati mak kita dengan menyokong apa saja ketidakpuasan hati mak pada kakak, abang atau adik ipar kita. Jangan la kita mengadu domba pasal ipar-ipar kita pada mak ayah kita.
Selalu lah kita bersikap neutral, selalu sabarkan mak kita, pujuk mak kita. Dan saya jugak adik beradik lain, Alhamdulillah, sesama kami selalu menangkan kakak-kakak ipar kalau mak membebel apa-apa, walaupun hakikatnya bebelan mak tu ada benarnya tentang sikap kakak ipar.
Antara yang saya selalu cakap dengan mak sehingga mak terdiam, kalau mak nak anak-anak mak dilayan baik dalam keluarga orang lain, mak pun kena layan baik-baik anak orang yang masuk dalam keluarga kita.
Sebenarnya saya dan adik beradik lain bukanlah terlalu baik dengan ipar-ipar hinggakan apa yang ipar-ipar buat hingga mak tersinggung, kami masih nak pertahankan.
Tapi percayalah, saya dan adik beradik lain cuma nak mak hidup secara harmoni. Tak nak ada pertelagahan antara menantu dengan mertua yang pada akhirnya anak-anak mak sendiri yang rasa tersepit.
Saya sendiri pun sebenarnya ada pengalaman buruk dengan bekas mertua. Walaupun dah cuba jadi menantu yang baik, pengakhirannya buruk jugak yang saya dapat bila bekas suami buat hal. Saya menyesal buat baik dengan keluarga mertua? Tidak sama sekali.
Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu. Saya berharap jika umur saya panjang, dapat bergelar mertua, saya nak hargai menantu-menantu saya dan saya tak nak apa yang saya rasa, dilalui semula oleh menantu-menantu saya..
Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet
Nadia Husna, ko duk lah bwak ketiak mak ko ya…jln br2….ko ank syurga…pedulikan ank n bkas bini ko…mudah2an bkas bini ko tu jmp lelaki waras….n brtnggung jwb.
Hafizah Musa, Tak payah lah cari ex wife tu biar je dia berjodoh dng lebih baik dan jng kawin lain dah …naye anak org kang.. …berkhidmat je dng emak seumur hidup dia..baru lah dpt syurga kan..tak yah pening2 dah.
Sue Zuzina, Jangan erina jangan. Manusia mcm ni kalau kau tak tinggalkan dia sampai tua, sampai tua lah dia tak sedar. Tak payah tak payah. Erina…ramai lagi lelaki baik2.
Bekas laki kau ni, biar shj mak dia carikan menantu pilihan. Kau jgn sksa diri untuk hidup disamping dia yg tak reti menghargai segalanya. Dah terantuk baru nak terngadah. Boleh blah.
Asna Nazmi, doa sy moge erina ketemu kebahagiaan lain yg lebih berhak ke ats diri nya..sy dh lalui semua tu and sy phm kdaan erina..doa byk2 ye erina..awk pn berhak hdp bahagia..jgn sekali kali bg peluan kpd org xguna..sekian
Emy Arie, mcm ni la bro,ko kepit je bwh ketiak mak ko tu,n jgn kawin2 dah…utk erina ex ko tu…mkcik rasa elok ko lupakn spesis ank mak tu….moga ko dpt jodoh yg baik,yg sayang ko n ank ko seikhlas hati…amiin.
Nor Liza, KesiAn adik tt ni akhir Nya menyesal Dan Insaf tapi nasi dah jadi bubur.Apa nak di tangisi org yg dah terlepas tu…InsyaAalah sama Ada isteri tu dah happy duk sorang2 Dgn Anak atau Ada jejaka hensem yg jadi pengganti awak…
Hidup la awak dalam kerinduan Dan kesunyian. Go cikgu go cari kebahagian. Dah la kerja kilang X seberapa Ada cg nak berlagak pulak.
Rizal Rodzuan, Klu ko sayang dia, ko bagi nafkah kat anak ko elok2 dan ambil tahu psl anak ko, klu ko jumpa bini ko nanti. Dan tak payah la rujuk dgnnya atau kahwin lagi takut ko akan ikut balik ckp mak ko, tunggu mak ko dah takde baru rujuk or kahwin lain insyaallah.
Dila Basir, rasanya x pyh la teruskan..sbb syurga awk kan dekat mak awk..isteri boleh cari lain mak x de pengganti…jgn sksa dia..biarlah dia bahagia dgn orl lain..benda ni x kan ada kesudahan sbb berkaitan dgn mak..harap tabah.
Fauzura Asif, Dh crai kn…duk je la celah ketiak mak tu..mak tu mmg syurga ko tp isteri tu tangjawap ko jgk..sekrg dh crai br tumbuh akal…lambat sgt akal tu nak tumbuh.
Luna Mastura, Salam Cikgu Erina. Saya cuma nak bgtau awak. Eloklah sangatlah awak minta fasakh dimahkamah. Tak guna ada laki. Dah lah low kelas. Low mentality plak tu. Cikgu erina sila cari suami baru. Yg lebih baik kerjayanya.
Yg lebih tahu tentang hjkum dan tggungjawab seorang suami. Cari suami baru yg kerjayanya baik. Awak cikgu. Apa barang kerja kilang dah tu x bertanggungjawab.
Cikgu erina saya doakan awak dan anak awka baik2 sahaja dan dipermudahkan segala urusan. Awak jgn balik kepada ex auami awak.
Intan Sakinah, Lelaki ni bila dah beri kemaafan sekali,dia akan ulangi kesalahan berkali². Pastu mintak maaf,maaf dan maaf.. jadi Erina fikir lah baik-baik demi kebaikan diri sendiri dan anak.
Ikin Sani, Yg d kejar tak dpat.. Yg d kendong berciciran…Sungguh syurga itu masih samar2…Kerana ada hati yg terluukan.. Minta ampun pada mak inshaAllah mak akan ampunkan seikhlas hati.. Tpi pada isteri dan mertua blum pasti maaf d iringi dgn ikhlas.
Shahira Yusuf, Bila org dah takde baru kau sedar..bagus la sekurang2 nya sedar jugak…bagus mengaku diri tu bodoh..mmg b0doh pon..tak layak jadi suami..duduk je lah bawak ketiak mak kau tu.
Nak berbakti pada mak ayah tak salah mmg dah tggongjwb kau sebagai ank lelaki tapi jgn sampai menidakkan hak isteri..isteri tu amanah Allah bagi utk kau jaga.
Siti Nadia, Aku xnk komen bab ko n ex ko cuma untk mak ko .. makcik dlu xpernah lalui waktu muda ke?sama2 nk Naik bina umah tgga dgn suami?xpernah merasa jd menantu ke.nape mkck nk sibuk hal umah tgga anak?xbg duduk sama sekat nafkah.
Jgn guna kan Alasan syurga bwh tapak kaki Lau makcik la punca anak sndr crai crai n xjalankan tggjwb kt anak Bini bau syurga pon mkck xkan dpt hidu.
Untk suami kt luar sana hargai isteri n bahagiakn isteri n emak jika selagi xde yg melnggar batas n pd mil tolong bg anak2 blaja idup berdikari sbg org tua guna kan pengalaman hidup untk bimbing dorg bkn masuk cmpur.
Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen
SUmber asal dipetik dari: informasiviral