Pilu pergi mu Nabil Haikal, ” Arwah antara 5 Pelajar USAS ren tung nahas Terowong Menora ”
Lima individu rentvng dalam kem4langan melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam Rabu.
Antara m4ngsa yang telah dikenal pasti adalah Muhammad Nabil Haikal, Nasrun Aidol Munir dan identiti 3 lagi masih belum diperolehi kesemua mereka merupakan pelajar di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Baru 3 hari lepas Arw4h Nabil Haikal dihantar ibu dan adik untuk pulang sambung belajar di USAS tak sangka itu lah detik terakhir mereka sebelum nahas dia dan 4 rakan malam tadi.
Salam takziah buat Fikri Aidol Munir & keluarga atas kehilangan abangnya Nasrun Aidol Munir yang mana merupakan pelajar USAS tahun pertama.
Allahyarham Nasrun merupakan abg kepada anak murid saya. Ayahnya berhajat untuk bawa Nasrun berjumpa dengan saya sekadar berkenalan & berkongsi pengalaman berkaitan USAS.
Namun, Allah lebih sayangkan dia – Tun Muhammada Fadhil.
Maklumat awal kejadian sekitar 12.52 malam itu memaklumkan, semua m4ngsa terperangkap selepas berlaku keb4karan melibatkan dua kenderaan terbabit.
Punca kejadian dan identiti penuh semua m4ngsa masih belum diperoleh setakat ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria ketika dihubungi berkata, setakat jam 4 pagi, kerja-kerja mengeluarkan mangsa masih dilakukan.
Lima m4ngsa yang rentvng merupakan pemandu dan penumpang kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,katanya.
Menurutnya, kereta jenis yang belum dikenalpasti itu telah terb4kar 90 peratus.
Treler membawa muatan besi terbabit turut mengalami kebakaran 90 peratus, begitupun pemandu kenderaan berat itu dilaporkan selamat, katanya.
Operasi menyelamat turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Kamunting dan Ipoh.
Sementara itu, Plus Malaysia Berhad menerusi laman Twitter miliknya memaklumkan, kemalangan telah mengakibatkan semua lorong arah utara dan lorong kanan arah selatan terhalang.
Laluan kontra telah diaktifkan dan trafik perlahan 2.5 kilometer arah utara manakala arah selatan trafik perlahan 2.0 kilometer.Al fatihah.