[VIDEO] “Saya Boleh ‘Mati’ Pada Bila-Bila Masa… Keadaan Saya Ini Ibarat B0M Jangka” – Azizulhasni Awang


Umum sedia maklum, keadaan terkini jaguh berbasikal negara Dato’ Azizulhasni Awang yang juga digelar sebagai The Pocket Rocketman kini dalam proses pemulihan dan sedang menjalani rawatan susulan akibat pnyakit yang dihidapinya.

Berk0ngsi mengenai pengalaman pertama beliau kepada orang ramai menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Azizul menyifatkan keadaan dirinya kini diibaratkan seperti ‘b0m jangka’.

“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa ‘sakit dada’ yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu. Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana sympt0ms dia adalah lain daripada yang lain.

“Saya berada di wad kcemasan hampir 5 jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya telah mendapat srangan jantung. Akan tetapi doktor di wad kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya,” katanya.

“Saya boleh ‘mati’ pada bila-bila masa…”

Tambahnya lagi, ketika pertama kali mengetahui tentang pnyakit yang dihidapinya, doktor pakar juga terkejut dan menyifatkan bahawa jaguh sukan berbasikal negara ini sangat bertuah kerana mampu bertahan sehingga ke tahap ini.

“Ini bukan kali pertama saya terima kenyataan seperti ini. Waktu pertama kali dahulu adalah ketika kaki saya tertus0k kayu di Manchester. Doktor tu kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun risik0 dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini.

“Keadaan saya ini ibarat b0m jangka yang boleh melet0p pada bila-bila masa. Doktor juga bagi perumpamaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi jantung saya ini. Yang mana faham, mereka faham lah.

“Saya boleh ‘mati’ pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagnosis kedua untuk ‘double check’.

“Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya,” ujarnya.

Justeru itu, Azizul berharap agar perk0ngsiannya ini dapat menjadi pengajaran buat semua disamping sentiasa melakukan ‘full screening’ seandaianya mempunyai simpt0m atau masalah berkaitan jantung.

VIDEO:

Video Player
00:00
00:11

Anomalous Right Coronary Artery
.
Saya tak rasa apa-apa ke dari kecil? Kenapa baru sekarang rasa symptom dia? Macam mana boleh tiba-tiba nak buat screening?
.
Bercakap pasal symptom ni agak panjang ceritanya, tapi jika dipendekkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya semakin kuat dan jelas lagi-lagi ketika saya membuat persiapan ke Sukan Olimpik. Ketika itu saya ingat semua tu adalah disebab oleh proses umur yang semakin meningkat. Semuanya bermula apabila

Terdahulu, atlet berusia 34 tahun yang juga harapan pingat emas negara pada Olimpik Paris 2024 ini selamat menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai Arteri Koronari Kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne pada April lalu.

Sama-sama kita doakan semoga Dato’ Azizulhasni cepat sembuh. – Sumber & video dipetik dari Xtra, Facebook

Sumber : MyTvViral