Tiap Bul4n dpt Nafk4h Dari Svami Berjuta Tapi Tak S4ngka Gadis lni Nekad Nak Berpis4h. Terkejut lni Punca Mengejutkan G4dis Tak Tahan Dgn Perkahwinannya
Sebut sahaja perkataan Dubai pasti dalam kepala kita terus terbayang-bayang kehebatan kota metropolitan, bangunan pencakar langit dan kereta mewah bernilai jutaan ringgit menyusuri jalan raya. Begitulah hebatnya kota yang terkenal sebagai tempat tinggal jutawan dan bilionaire sama ada dari Dubai mahupun dari seluruh dunia.
Dikatakan Dubai turut menjadi lubuk mencari rezeki bagi rakyat negara luar contohnya Bangladesh, India, Indonesia, Filipina dan Afrika. Bukan sekadar golongan lelaki berhijrah ke Dubai untuk mencari kerja malah golongan wanita turut berkelana ke sana tidak kira golongan profesional atau pekerja biasa.
Sementara baru-baru ini tular kisah seorang gadis yang berusia 23 tahun yang dikatakan sangat beruntung apabila dia dilaporkan telah berkahwin dengan seorang lelaki kaya berusia 58 tahun. Menurut sumber suaminya itu berasal dari Dubai. Jika ditanya kepada mana-mana gadis untuk berkahwin dengan lelaki dari Dubai pasti fikiran mereka dengan segera muncul perkataan “orang kaya” betul?
Dan seperti dijangka, hidup gadis tersebut serta-merta berubah 360 darjah. Difahamkan bahawa dia diberi kos hidup berjuta-juta ringgit setiap bulan sehingga hidupnya tidak pernah berasa susah. Namun siapa sangka, diharapkan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari.
Berdasarkan sumner, keluarga suami gadis tersebut terlibat dengan perniagaan gas asli. Justeru sejak menjadi isteri kepada suaminya itu, dia segera diberikan 100 juta perbelanjaan hidup bulanan, sebuah kereta mewah dan tinggal di sebuah rumah besar seperti istana.
Semua orang yang melihat perubahan hidupnya itu cemburu dengannya terutama rakan-rakan beliau dari negara asalnya, namun gadis itu meluahkan mereka tidak tahu penderiitaan di sebaliknya apa yang dia kecapi . Dia mengatakan dia perlu mengikuti semua adat istiadat orang Dubai, walaupun dalam cuaca yang sangat panas dia diwajibkan memakai jubah panjang, dan tertutup litup.
Memandangkan dia sendiri datang dari Ch1na dan terpaksa menyesuaikan diri dengan perkara baru tersebut. Dia mulanya dia berasa sangat menderiita namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa berpakaian seperti itu. Selain itu suaminya juga berkata beliau perlu bersedia untuk melahirkan anak yang ramai.
Setahun berlalu kemudian gadis Cina itu tidak lagi dapat menahan tekanan dan dia telah memuatkan kisah hidupnya di laman sosial. Dia telah meluahkan bagaimana pada malam tahun baru, dia dikehendaki menyertai suatu majlis yang memerlukannya melayani para tetamu yang datang, sementara dia pula belum betul-betul faham sepenuhnya tentang adat resam masyarakat Arab.
Tetapi kerana dia telah menjadi pengantin kepada suaminya yang berketurunan Arab, jadi mahu tidak mahu dia perlu tersenyum. Sementara itu rata-rata warganet memberi cadangan supaya dia meminta dilepaskan sahaja dari suaminya itu. Walaupun hidupnya sangat mewah dan membuat orang cemburu namun semua itu tidak bermakna jika dia tidak merasa bahagia, malah dijadikan seperti orang gaji.
Apa pendapat anda? Jika anda berada dalam kedudukan gadis ini, adakah anda mempertahankan diri anda untuk tinggal di sana atau minta dilepaskan seperti dia? Sudah lumrah hidup, setiap kesenangan pasti datang bersama cabaran dan dugaan. Bagi sesetangah orang mungkin tidak kisah diperlakukan bagaimana sekalipun asalkan mendapat imbuhan lumayan. Manakala bagi sesetengah orang, tidak ada lebih bermakna dari perasaan cinta dan kebahagiaan.
Artikel lain : Ketahuilah Kalau Kita Dpat Ibu Mertua Yang Baik Hati Pun Merupakan Rezeki. Bukan Semua Orang Dapat Rasa Nikmat Rezeki Yang Satu Ni.
Betullah tu, mak mentua yang baik pun satu rezeki untuk seorang menantu. Dan tak semua menantu dapat anugerah sebegitu. Bila sudah miliki, belajarlah untuk hargainya. Selain sayang mentua, kenalah juga sayangi anaknya iaitu suami ataupun isteri kita itu. Jangan disia-siakan, sebelum nikmat rezeki itu Allah tarik balik sampai bila-bila. Inilah yang dilalui Puan Firda Ashaary bila mana doanya mahu mentua yang baik Allah makbulkan.
Selalu Berdoa Allah Temukan Dengan Mentua Yang Boleh Kongsi Rasa. Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni. Katanya : “Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.” Aku setuju dengan cikgu ni.
Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni. Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam dar4h daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia.
Risik Dulu Karakter Mentua. Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya. Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata. Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal.
Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau kompom menangis 7 hari 7 malam. Dah la aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia. Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum.
Nanti time dok sorang, baru nangis. Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. AKU TAKMAU SORANG SAHAJA TAPI AKU NAK KEDUA-DUANYA. SEBAB TU AWAL LAGI AKU DAH TANYA. Peritnya Bila Mak Mentua Tak Redha..
Aku dah pernah ada pengalaman mak mertua tak redho ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Dan aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati. Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mertua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.
Like mother like son! Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu. Sungguh! Bukan setakat dapat mak mertua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mertua aku menerima kehadiran kami dengan baik.
Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar. Hadiah terindah Allah kirimkan pada aku diakhir sebuah kisah airmata yang panjang.
Mak Mentua Itu Anugerah, Wajib Dilayan Macam Mak Sendiri. Gais, Ingat ya mak mertua adalah anugerah Allah pada kita dan wajib dilayan macam mak sendiri juga. Jangan bermusuh atau cemburu dengan dia. Kita kena ingat kita dah “pinjam boyfriend ” dia. Jadi kita kena mengalah lah sikit.