[VIDEO]“Jangan Kejarkan Kaca Yang Belum Tahu Baik Buruknya” – Nasihat Warganet Kepada Syamsul Yusof


Salah seorang warganet yang menjadi pengikut isu yang melanda Syamsul Yusof mengimbau kenangan perkahwinan pengarah itu bersama isteri, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok milik seorang lelaki bernama Azmir, dia memberitahu dia bukan sesiapa untuk menasihatinya, namun dia mendoakan kebahagiaan Syamsul Yusof bersama isteri.

“Assalamualaikum Syamsul, aku bukanlah siapa-siapa untuk nasihatkan kau.

“Kalau kau nampak video ni, aku harap semuanya baik-baik saja untuk kau dan keluarga yang dikasihi.

“Aku doakan kau tenang hadapi ujian, ingat anak-anak dan isteri yang kau nikahi dulu, cinta yang kau perjuangkan dulu,” tulisnya.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Turut menarik perhatian, terdapat warganet yang mengatakan supaya hargai orang yang pernah hidup susah dan senang bersama.

“Jangan kejarkan kaca yang belum tahu baik buruknya. Hargai mutiara yang kita dah lamar untuk hidup dari susah senang bersama,” tulis warganet.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar rumah tangga Syamsul dan isteri kekal bahagia selamanya.

VIDEO:

Video Player
00:00
01:12

 

– Sumber & video dipetik dari Xtra, TikTok