BILA KAMI N̷AK CERRAI, SEMUA TERK̷EJUT. AKU TUNT̷UT RM84K DARI SUAMI. TIB̷A2 SUAMI N̷AK BERS̷AMA SEMULA
Saya perlukan nasihat dan pandangan orang lain kerana saya tak sanggup berhadapan dengan keluarga dan rakan rakan yang mungkin menyebelahi saya kerana kasihan.
Saya perlukan pandangan walaupun negatif untuk saya baiki diri saya.
Sebagai intro, saya merupakan seorang penjawat awam bergaji 3x ganda dari suami. Kami dikurniakan empat orang cahaya mata soleh dan solehah. Tempoh perkahwinan kami dah 8 tahun.
Sekarang, kami dalam proses bercerrai atas persetujuan bersama. Proses turun naik mahkamah banyak tertunda dek PKP. Sebab kami bercerrai ialah kerana tiada kesefahaman.
Kami juga sudah reflek diri kami masing masing. Kami tidak membenci antara satu sama lain. Keputusan ini bukan semudah yang saya tulis.
Saya sibuk dengan kerjaya dan anak anak hinggakan jarang memasak, rumah tidak sentiasa kemas, diri tidak terlalu rapi dan banyak lagi keburukan saya.
Tapi semua dimaafkan suami kerana kebanyakan belanja isi rumah saya yang menanggung.
Sisi buruk suami tidak perlu saya ceritakan. Suami saya sangat baik cuma kurang prihatin.
Suami saya tidak lepas tangan soal nafkah. Tiap bulan mesti diberikan RM300 untuk saya walaupun saya akan guna untuk anak anak juga.
Suami saya bukan malaikat tapi banyak sisi baik yang dikenang keluarga saya.
Ternyata keputusan ini memeranjatkan semua orang.
Betapa kami merahsiakan ketidakbahagiaan kami sehingga tidak dihidu sesiapa. Sesiapa yang melihat kami akan memandang seperti kami sweet family. Hakikatnya tidak.
Berbalik kepada masalah saya. Saya telah mendapatkan nasihat peguam. Saya menuntut kesemua hak saya dari sudut wang ringgit dari suami.
Untuk pengetahuan pembaca, kami masih suami isteri kerana proses mahkamah masih belum selesai. Cuma kami sudah tidak serumah.
Selama 8 tahun berumah tangga, mengambil kira semua yang telah saya korbankan untuk suami, semuanya berjumlah kira kira RM84,000.
Ini selepas pelbagai diskaun terutamanya melibatkan anak anak yang saya kira, takpe lah, anak saya juga.
Saya tidak terlalu kejam dan tidak berdendam dengan suami. Saya bagi tempoh 5 tahun untuk dilunaskan selepas tarikh kami bercerrai nanti.
Suami saya orang yang tidak senang mana. Begitu juga keluarganya.
Persoalannya sekarang, suami meminta kami bersama semula demi anak anak. Saya tidak pasti adakah demi anak anak atau demi RM84,000 tersebut.
Lalu saya tetapkan syarat, proceed dengan proses cerrai dahulu, selesaikan RM84,000 dan saya akan fikir semula keputusan untuk nikah semula atau tidak.
Betul ke tindakan saya? Saya tidak akan merisikokan diri saya dan diperlakukan sama seperti dulu.
Tapi dalam masa yang sama, saya kenang segala kebaikan beliau. Perasaan sayang? Jujurnya hanya 1%.
Dan saya boleh hidup berdikari. Perkahwinan tidak semudah menyebut kahwin, cerrai dan rujuk.
Dan saya juga belum pasti untuk berkahwin semula dengan suami jika syarat saya dipenuhi. Saya hanya sebut akan fikirkan semula.
Tolong saya. Sila kecam, tidak mengapa. Saya perlukan kejujuran.
Reaksi Warganet
Pratama Andreas –
Saya ni kalau dikira duit yang saya habiskan untuk menanggung family selama 27 tahun tidak tahu berapa ratus ribu. Kerana semuanya saya yg tanggung.
Gaji saya kategori M20. Saya ikhlas je. Tapi bila dia curang berkali kali, ikhlas sudah tiada. Setelah berjuang menuntut fasakh selama 3 tahun di mahkamah, perkahwinan berjaya dibubarkan.
Alhamdulillah, bagai bertan tan batu dilepaskan dari bahu dan pundak saya. Dan, saya tak mintak satu sen pun dari bekas suami. Sebab saya tahu dia takde duit pun. Tak mampu pun.
Tambahan pula dia sudah punya dua isteri sekarang, haha. Yang penting saya dan anak ank sangat bahagia tanpa dia yang menjadi beban selama ini.
Azah Zamir –
Best jadi orang bergaji berganda ganda ini. Bila rasa menyampah je, minta cerrai. Lagi lagi perempuan bila gaji lebih dari suami dia.
Lumrah, tanggungjawab seorang suami bagi nafkah dekat isteri. Kalau dah terbalik, memang la ada rasa lain. Lagi lagi kalau sekeliling kawan kawan isteri itu dapat suami yang bertanggungnjawab. Lagilah membuak buak rasa menyampah dekat laki dia yang tak boleh nak bagi nafkah.
Hmmm zaman PKP ini, bersabar sikit je. Mana tau, lepas ini Allah bagi lebih dekat suami. Time dia susah, sama sama bagi senang.
Almahera Ibrahim –
Tak faham sangat cerita. Apa main issue untuk bercerrai. Kata dia baik. Sebab u korbankan rm84k ribu ke sepanjang 8 tahun? 84k tu apa? Hutang ke? Dia biawak hidup ke?Kalau cerrai comfirm ke dia mampu bayar balik?
Kadang bercerrai ni pun tak seindah yang kita jangkakan. Dengan emosi anak 4 orang tu lagi. Fikir dan prioritykan kebajikan anak anak jugak..
Kalau u berkahwin lain pun still kena tolerate dalam financial kecuali u kahwin dengan jutawan. Tak payah kongsi kongsi belanja.. Semua dia sediakan
Aisyah Najihah –
Kalau ikutkan kiraan logik, RM84k tu, untuk tempoh perkahwinan 8 tahun, purata bulanan yang dikeluarkan RM875.
Rasanya bukanlah satu jumlah yang sangat besar. Sebab tt asyik ulang berkaitan duit.. Rasanya, duit tu alasan untuk berpisah je..
Punca utama ialah tak ada rasa sayang. Jadi, carilah kebahagiaan sendiri..
Cuma, perlu sedar susah nak cari lelaki yang bertanggungjawab zaman sekarang. Bukan kata RM300, ada tu minta belikan makanan RM3 pun ada yang kena herdik..
Mika Nokukarin –
Walau setinggi mana pun gaji isteri kalau suami tau main peranan dalam rumah tangga in shaa Allah tak jadi hal..
Masalahnya isteri dah tolong tanggung keperluan keluarga, urusan rumahtangga contohnya mengemas, memasak, uruskan anak anak pun isteri juga kena selesaikan macam mana isteri nak bahagia.
Mungkin ini la yang di maksud kan oleh penulis bila dia kata suami kurang prihatin. Suami anggap dengan dah bagi nafkah setiap bulan tu dah selesai tanggung jawab dia.
Urusan makan pakai kebajikan ahli keluarga semua lepas pada isteri. Situasi seperti ini lama kelamaan boleh menimbulkan pelbagai perasaan negetif dan tak di hargai dan lebih baik berpisah.
Hidup dengan suami yang tak prihatin dan tanpa suami mungkin sama sahaja penatnya tetapi lebih bahagia tanpa suami. In shaa Allah
Pelangi Indah –
Sayang tinggal 1% jer, nak tuntut rm84,000. Rasanya TT dah fed up menanggung 80% perbelanjaan keluarga. Tak tahula kalau si suami ada skandal ker coz tt tak cerita pun.
Sama kes ngan sepupu saya, cuma dia lelaki, wife cikgu. Lama dah cerrai dan cikgu ni masih menjanda. Nampak sangat dia serik nak berlaki lagi.
Dalam marriage sapa yang gaji besar biasanya dia la yang support banyak benda especially loan rumah kalau yang keje gomen. So husband TT nak rujuk balik.
Saya pernah terbaca kalau perceraian itu menguntungkan dan membahagiakan TT dan anak anak then go ahead. Tetapi jika ia memburukkan keadaan TT dan anak anak then think about it. Hanya kamu yang tahu diri kamu. Buat istiharah minta petunjuk. Good luck.
Sumber – Isteri Tak Sempurna (Bukan nama sebenar) via IIUMC Kredit: edisimedia