Gadis ada ijazah bidang kimia kerja di KFC, netizen luah kerisauan -“Negara kita gagal”


Kita sering dengar orang-orang dewasa dan juga berpengalaman menyarankan para belia serta mereka yang mempunyai kelulusan tinggi untuk tidak memilih dalam sektor pekerjaan.

Dengan tawaran kerja yang sesuai dengan bidang dipelajari sangat terhad, ramai graduan memilih untuk menyambar sahaja sebarang tawaran pekerjaan walaupun ia berbeza dengan apa yang dipelajari serta tangga gaji yang selayaknya diterima mereka.

Belajar bidang kimia, kerja restoran makanan segera

Hal tersebut menjadi perbualan umum selepas seorang pengguna TikTok berkongsi video dirinya yang berjaya bergelar graduan dan  memiliki ijazah dalam bidang kimia namun kini bekerja di sebuah restoran makanan segera.

“Negara kita gagal”

Walau pun dia menjelaskan bahawa sangat bersyukur dengan rezeki yang diterima saat ini, kebanyakan netizen di ruangan komen meluahkan rasa khuatir dengan keadaan sekarang kerana tenaga kerja yang berpendidikan tinggi terpaksa mencari rezeki dengan tangga gaji yang sangat mininum.

Negara nak maju tapi peluang pekerjaan macam ada takda je

Satu kerisauan yang wajar

Takpe dik, penting ilmu di dada tu

Walau bagaimanapun, ramai yang tetap memberikan semangat kepada gadis yang dikenali sebagai @ainxxang supaya terus berusaha untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik bersesuaian dengan kelulusan yang diperoleh.

Ada juga diantara mereka yang turut berkongsi kisah yang hampir serupa apabila mencari rezeki dalam bidang yang berbeza sedangkan mereka mempunyai ijazah bahkan sarjana namun tidak memilih pekerjaan asalkan apa yang diperoleh halal.

Ada yang kisah hampir sama

Yang penting rezeki halal

Fazura pun bagi kata semangat

Sumber: TikTok @ainxxang